Negara Akan Mengalami Kesan Konflik Asia Barat

471

– Malaysia Perlu Tubuh Majlis Perundangan Dan lntervensi Ekonomi

KUALA TERENGGANU – Kesan rantaian akibat konflik berterusan di Asia Barat tidak dapat dielakkan dan dalam tempoh beberapa bulan mendatang dan negara berkemungkinan berdepan dengan kenaikan harga barang asas dan makanan.

Naib Presiden PAS Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, peningkatan kos pengangkutan dan logistik, kenaikan kos utiliti dan perkhidmatan bahkan lebih besar lagi impaknya adalah risiko tekanan kepada sektor pekerjaan, termasuk kemungkinan pengurangan tenaga kerja dalam industri yang terjejas.

“dunia pada hari ini berdepan ketidaktentuan ekonomi yang semakin meruncing susulan konflik berterusan di Asia Barat.

“kesan geopolitik ini mula dirasai secara langsung melalui kenaikan harga bahan tenaga, gangguan rantaian bekalan dan tekanan terhadap ekonomi global.

“Ketidaktentuan ini telah meningkatkan kos logistik, sekali gus meningkatkan kos pengeluaran dan operasi merentasi pelbagai sektor ekonomi.” tegasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata demikian dlam satu kenyataan media, semalam.

Oleh itu, Menteri Besar Terengganu itu menyarankan intervensi dasar yang proaktif akan dapat mengurangkan risiko pemberhentian pekerja, khususnya dalam sektor pembuatan, logistik, perusahaan kecil dan sederhana yang amat terkesan susulan kenaikan kos bahan mentah.

“Sehubungan itu, Malaysia memerlukan pendekatan non-partisan yang mengutamakan kepentingan negara lebih daripada kepentingan politik kepartian, termasuk keperluan untuk lebih inklusif dan berasaskan tindakan.

“Saya mencadangkan penglibatan semua pihak secara menyeluruh termasuk ; kerajaan, pembangkang, Badan Bukan Kerajaan (NGO), ahli akademik, pemain industri serta wakil masyarakat sivil dalam satu forum,

“seumpama Majlis Perundingan dan Intervensi, agar setiap keputusan yang dibuat benar-benar mencerminkan kepentingan negara secara kolektif.” jelasnya.

Beliau menekankan, pendekatan tersebut bukan soal politik, tetapi soal kelangsungan negara, dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu,

“Malaysia tidak boleh bergerak secara berpecah mengikut garis kepartian. Sebaliknya, kita mesti menghimpunkan kekuatan seluruh negara dengan merentasi perbezaan politik dan latar belakang untuk menghadapi cabaran ini secara bersama.

“Apabila kestabilan ekonomi negara dan kebajikan rakyat menjadi taruhan, keutamaan kita semestinya kesejahteraan dan daya tahan Malaysia.” tambah beliau.