Persiapan PGU5.0 – 225 Kaki Khemah didirikan, 120 Peniaga sudah Tempah Gerai

1403
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/petugas%20persiapan.jpg

Menurut Pengarah Persiapan, Dr azman Ibrahim, semua infrastruktur sudah dibangunkan termasuk pintu gerbang, pentas utama, khemah peserta, khemah urusetia, tandas dan tapak untuk gerai jualan dan pameran.

Katanya, gotong royong secara agresif dibuat semalam Jumaat 28 September bagi memastikan semua kemudahan itu siap sebelum 5 Oktober.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/khemah%20peserta.jpg“hari ini kita mula kerja secara agresif dan besar-besaran untuk pemasangan pintu gerbang, pentas dan kerangka khemah yang mungkin rekod terpanjang berukuran 225 kaki……hari ini juga akan memasang kanopi pentas,

“mulai hari ini sehingga hari Khamis yang kita letakkan target sebagai hari akhir persiapan, kerja-kerja akan diteruskan setiap hari dan menjelang pag khamis, Dataran PGU dalam keadaan 100% bersedia untuk menerima tetamu dan pengunjung,”jelasnya ketika ditemui di tapak PGU5.0 di Pekan jabi, dekat sini semalam.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/kemudahan%20tandas.jpgBeliau berkata, pihak persiapan menyediakan lima tandas untuk keperluan muslimin dan lima untuk muslimat disamping satu tandas VIP.

Dalam masa yang sama, katanya, PAS DUN Jabi menggazetkan masjid-masjid dan markaz-markaz untuk kegunaan peserta dan pengunjung rehat, solat dan mandi.

Beliau yang juga Pengarah MTD Jabi memaklumkan, Markaz Kampung Bakap, yang terhampir dengan tapak PGU adalah dikhususkan untuk peserta dan pengunjung muslimat.

Beliau menambah, penginapan untuk VIP, peserta dan para petugas juga telah ditetapkan.

“Penginapan samada untuk VIP, penginapan anggota perhubungan, penginapan petugas-petugas IT, media, unit amal, keselamatan, urusetia dan penginapan khusus muslimat semuanya telah ditetapkan,

“sebahagian besar sudah dibayar deposit tempahan,”katanya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/pintu%20gerbang.jpgDari segi kemudahan gerai untuk jualan dan pameran, katanya, sebanyak 30 kanopiyang dilengkapi dengan kemudahan elektrik disamping tapak-tapak jualan.

Katanya, sehingga semalam, seamai 120 peniaga telah pun membat tempahan bagi menjalankan perniagaan sepanjang dua hari Himpunan PGU5.0.

Justeru, beliau yang juga anggota perhubungan PAS Terengganu, beliau menyeru semua rakyat Terengganu bersama-sama datang beramai-ramai untuk menghijaukan bumi Jabi pada 5 dan 6 Oktober, minggu depan.

***Lihat Video rakaman