Kesihatan Mental: Ancaman Senyap Negara

225
Gelandangan dan kesihatan mental mempunyai hubungan rapat; masalah kesihatan mental boleh menjadi punca seseorang menjadi gelandangan, dan hidup sebagai gelandangan pula boleh memburukkan lagi masalah kesihatan mental sedia ada

Kesihatan mental semakin diiktiraf sebagai isu kritikal yang memberi kesan besar terhadap kestabilan sosial, ekonomi dan keselamatan negara.

Masalah ini berkembang sebagai ancaman senyap kerana ia sering tidak kelihatan, namun implikasinya nyata terhadap produktiviti tenaga kerja, keharmonian keluarga dan kesejahteraan generasi muda.

Skala Masalah Yang Kian Membimbangkan

Tekanan hidup bandar, kos sara hidup yang meningkat, ketidaktentuan ekonomi, konflik keluarga serta pengaruh media sosial telah menyumbang kepada peningkatan masalah seperti kemurungan, kebimbangan melampau, tekanan pascatrauma (PTSD) dan kecenderungan bunuh diri.

Golongan paling terkesan termasuk remaja, belia, ibu bapa bekerja dan warga emas. Jika tidak ditangani secara sistemik, isu ini berpotensi melemahkan struktur sosial negara.

Statistik Masalah Kesihatan Mental

Prevalen Masalah Kesihatan Mental;

1. Dewasa (16 tahun ke atas)
~29.2% orang dewasa Malaysia mengalami masalah kesihatan mental — bersamaan hampir 1 dalam 3 rakyat dewasa.

2. Kanak-kanak dan Belia
Pada 2019, prevalen masalah kesihatan mental di kalangan kanak-kanak adalah 7.9% (~424,000 individu).

Pada 2023, kadar meningkat kepada 16.5% (~922,318 kanak-kanak dan remaja).

Ini menunjukkan peningkatan lebih dua kali ganda dalam jumlah kes belia dalam tempoh empat tahun.

3. Gejala dalam Kalangan Belia Umum

Dalam kajian besar, hampir separuh golongan belia (15–30 tahun) melaporkan simptom kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan dan stres.

Implikasi Terhadap Negara

Gangguan mental menjejaskan fokus, kreativiti dan keupayaan bekerja mengganggu produktiviti dan ekonomi negara.

Ketidakhadiran pekerja, prestasi rendah dan kos rawatan yang meningkat memberi tekanan kepada ekonomi nasional.

Masalah mental yang tidak dirawat juga, sering dikaitkan dengan konflik rumah tangga, keganasan domestik, penyalahgunaan dadah dan peningkatan jenayah kecil,Menteri impak kepada keharmonian sosial.

Generasi muda adalah kumpulan berisiko mengalami masalah kesihatan mental kerana mereka terdedah dengan tekanan akademik dan perbandingan sosial dalam talian.

Ia boleh meningkatkan risiko kemurungan dan kebimbangan dalam kalangan pelajar, mengancam kualiti modal insan masa depan.

Cabaran Utama

Stigma Sosial tentang masalah kesihatan mental adalah persepsi negatif dianggap ‘gila’, menyebabkan ramai enggan mendapatkan bantuan awal.

Selain itu, cabaran mengurangkan risiko kesihatan mental adalah akses perkhidmatan.

Kekurangan pakar, jurang bandar-luar bandar dan kos rawatan menghalang intervensi tepat pada masanya.

Kesedaran awam terhad berkait kesihatan dalam kalangan masyarakat menyebabkan literasi kesihatan mental masih rendah, khususnya dalam pengesanan awal.

Ke Arah Penyelesaian Menyeluruh

Menangani ancaman ini memerlukan pendekatan seluruh negara seperti berikutan;

1. Dasar Awam Proaktif: Integrasi kesihatan mental dalam perancangan kesihatan primer, pendidikan dan tempat kerja.

2.;Pendidikan & Literasi: Kempen berterusan untuk mengurangkan stigma dan menggalakkan saringan awal.

3. Sokongan Komuniti: Peranan keluarga, institusi agama, NGO dan majikan sebagai barisan hadapan sokongan psikososial.

4. Pendekatan Digital Beretika: Penggunaan platform sokongan dalam talian yang selamat dan mudah diakses.

Justeru itu, kesihatan mental bukan isu pinggiran, tetapi cabaran strategik negara, mengabaikannya bermakna membiarkan ancaman senyap merosakkan asas masyarakat dan daya saing Malaysia.

Pelaburan dalam kesihatan mental hari ini adalah pelaburan untuk kestabilan, kesejahteraan dan masa depan negara.