Israel Lancar Operasi Besar-besaran di Hebron, Tebing Barat

210

Tentera Israel telah melancarkan operasi ketenteraan berskala besar di bandar Hebron di selatan Tebing Barat, kata sumber Keselamatan Palestin dan Israel pada hari Isnin.

Saksi mata memberitahu, pasukan Israel telah menutup beberapa kawasan kejiranan di selatan Hebron dan menyekat beberapa jalan sekunder menggunakan pintu besi, blok konkrit, dan benteng tanah.

“pasukan Israel juga menubuhkan beberapa pusat pemeriksaan tentera di pintu masuk ke Hebron, serta ke bandar, kampung, dan kem pelarian di sekitarnya.” menurut sumber tersebut.

Jurucakap Kelab Tahanan Palestin Amani Sarahneh, berjaya, pasukan Israel telah menahan tujuh orang dari Hebron sejak permulaan operasi, termasuk seorang kanak-kanak.

Manakala media Israel melaporkan bahawa tentera Israel, dengan kerjasama agensi keselamatan Shin Bet, polis, dan polis sempadan, melancarkan operasi isemalaman itu untuk kononya “memerangi keganasan” di Hebron.

“Operasi itu dijangka berterusan selama beberapa hari, di mana letupan mungkin kedengaran dan peningkatan aktiviti tentera diperhatikan” kata laporan tersebut.

Saluran Israel 12 melaporkan bahawa beratus-ratus askar, bersama-sama dengan unit pasukan khas, telah dikerahkan ke Hebron sebagai sebahagian daripada operasi berterusan yang bertujuan untuk merampas senjata.

Tebing Barat telah menyaksikan peningkatan keganasan sejak 7 Oktober 2023, bertepatan dengan konflik Israel-Hamas di Semenanjung Gaza.