Orang Muda Perlu Aktif Dan Produktif

312

Oleh : Wan Omar

HULU TERENGGANU – Orang muda perlu aktif dan produktif dalam usaha menguasai tampuk kepimpinan pelbagai peringkat peringkat Bagi menggalas tanggunjawab masa depan.

Ketua Penerangan PAS Hulu Terengganu, Safari Abu berkata, kemahiran dalam organisasi amat penting dalam membuat sebarang keputusan.

“Kebersamaan orang muda atau belia hari ini dalam organisasi yang teratur dapat membawa perubahan yang lebih besar diperingkat kampung, DUN malah di peringkat Kawasan dalam apa jua organisasi dan persatuan.

“Program seperti ini bukan sahaja mengisi masa lapang belia dengan perkara positif, malah turut menyatukan mereka sebagai pelapis kepimpinan masyarakat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Belia ke Taman Negara Tasik Kenyir, di sini semalam.

Turut serta dalam program itu ialah Ketua Penyelaras Pemuda PAS Dun Telemong Encik Wan Mohammad Omar Ajmain.

Oleh itu, Safari mengucapkan tahniah kepada penganjur yang berjaya menghimpunkan belia dalam satu aktiviti bermanfaat,

“usaha serta kerjasama erat yang ditunjukkan semus pihak amat dihargai, terutama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam menjayakan program ini,” tambahnya.

Seramai 30 orang belia Kampung Felcra Bukit Kapah telah menyertai program selama tiga hari dua malam itu, yang bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan golongan muda.

Peserta turut menjalani pelbagai aktiviti lasak dan kerohanian sepanjang program yang dilihat memberi kesan positif terhadap pembinaan jati diri dan semangat berpasukan.