dan lebih teruk lagi menurut Datuk Mustafa Muhammad hendak tukar Perlembagaan.
Kenapa terlalu daif sangat hujah pemimpin Umno dalam isu bendera hendak ditukar. Bilakah Pakatan Rakyat pernah mengeluarkan kenyataan untuk menukar bendera dan Perlembagaan?. Berapa hari bulan, di mana, minit mesyuarat mana yang mengatakan Pakatan Rakyat hendak berbuat demikian? Janganlah membuat provokasi dan tohmohan yang bukan-bukan kepada Pakatan. Sebelumnya dituduh Pakatan Rakyat hendak menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.
Kalau pun hendak menang pilihanraya janganlah kenyataan yang terlalu bodoh dikeluarkan oleh mereka yang bertaraf menteri. Biarlah kenyataan seperti ini dikeluarkan oleh bloger upahan Umno sahaja.
Kerana terdapat beberapa bendera yang bukan bendera Malaysia terus ditohmoh kepada Pakatan Rakyat hendak tukar bendera. Apakah begitu mudah Pakatan Rakyat hendak menukar bendera negara. Pakatan Rakyat hendak tukar kerajaan, bukan bendera.
Pemimpin Umno yang memfitnah PR hendak menukar bendera tanpa bukti rasmi, apakah pula status Umno dengan komunis. Bukankah Umno pernah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis China (PKC) 5 Oktober 2010. Lebih bahaya lagi menurut Tengku Adnan Tengku Mansur selaku Setiausaha Agung Umno mengatakan, Umno akan hantar Putera Umno dan Puteri Umno untuk belajar dengan PKC. Adakah rakyat juga boleh tuduh Umno hendak menjadikan negara ini komunis?.
Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat



























