Ulama Rabbani Pemangkin Penyatuan dan Penyelesaian Islam

269

ALOR SETAR – “Ulama Rabbani Pemangkin Penyatuan dan Penyelesaian Islam”, menzahirkan tekad para ulama untuk terus memimpin masyarakat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Dato’ Ahmad Yahaya menyeru seluruh saf kepimpinan Dewan Ulama di peringkat pusat, negeri dan kawasan agar menetapkan tekad bersama dalam mengangkat agenda penyatuan dan penyelesaian, sekaligus memastikan perjuangan Islam terus segar dan relevan.

“Membina ulama rabbani yang berilmu, berjiwa haraki dan sufi, serta mampu menjadi qudwah kepada masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian di Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat kali ke-64 yang berlangsung di Maahad Darul Hadis pada Sabtu,13 September.

Menurutnya, ulama mestilah menjadi tampil sebagai pemangkin penyatuan umat ke arah wehdatul fiqr (kesatuan pemikiran) dan wehdatul amal (kesatuan tindakan), bukan sahaja dalam jamaah PAS bahkan di seluruh negara.

“Merintis penyelesaian Islam terhadap pelbagai masalah umat dan kerosakan negara, berpandukan wahyu Ilahi sebagai sumber rujukan tertinggi.

“Ulama mesti hadir sebagai perintis dan penggerak utama dalam merawat krisis umat serta membina penyelesaian berasaskan syariat. Hanya dengan kembali kepada Islam, kita mampu membawa negara ini ke arah kesejahteraan,” tegasnya kepada perwakilan dan pemerhati yang memenuhi dewan.Dl

Muktamar kali ini turut menyeru seluruh saf kepimpinan Dewan Ulama di peringkat pusat, negeri dan kawasan agar menetapkan tekad bersama dalam mengangkat agenda penyatuan dan penyelesaian, sekaligus memastikan perjuangan Islam terus segar dan relevan.

Dengan kehadiran ratusan perwakilan, Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat ke-64 menjadi medan memperkukuh peranan ulama sebagai benteng, pemimpin rohani, serta penyatu umat dalam mendepani cabaran politik dan sosial semasa.

Majlis yang menghimpunkan para perwakilan dari seluruh negara itu berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan semangat perjuangan, dengan menekankan peranan ulama sebagai pemandu umat di tengah kekusutan ummah dan cabaran negara.