Zon Bebas Cukai Kenyir Bukan Untuk Bantu Rakyat

2808

(Gambar atas – Pulau Burung yang terbiar…..akan turut menjadi lokasi Lawatan Berinformasi, Muslimat PAS Terengganu)

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Projek Zon Bebas Cukai yang dibangunkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) di Tasik Kenyir adalah suatu pembaziran dan bukan dibina atas dasar mahu membantu rakyat, sebaliknya hanya mahu ‘masuk poket sendiri’.

Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia sepatutnya dibangunkan di bandar Kuala Berang yang mana dari sudut perhubungan, jalanraya dan infrastruktur sudah mencukupi.

“Malah dari aspek pengangkutan yang hanya mengharapkan bot dan house boat tidak memberi nilai ekonomi yang baik kepada pelancong mahupun peniaga,

“Kos membawa barangan sangat tinggi dan ia pastinya akan menyebabkan peniaga menaikkan harga jualan apabila zon bebas cukai ini nanti siap sepenuhnya,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika di minta mengulas mengenai program Lawatan Berinformasi Lajnah Penerangan Dan Hubungan Media, Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu, Maznah Muftahuddin berkata, pihaknya menganjurkan satu lawatan ke Tasik Kenyir bagi meninjau tantang projek yang tergendala itu.

Katanya, lawatan sehari menaiki ‘rumah bot’ akan mendedahkan maklumat projek-projek pelancongan yang menelan wang rakyat lebih RM300 juta.

“Lawatan ini akan diadakan pada 3hb Ogos bagi memberi pendedahan kepada tenaga kempen (petugas) parti cara-cara memahami isu-isu dan menyebarkannya kepada rakyat,

“tujuannya agar para penceramah dan jentera kempen parti berpengetahuan tentang isu-isu yang berlegar disekeliling masyarakat,” ujarnya.

Menurutnya, rombongan seramai lebih 40 orang itu akan dilepaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustas Kamaruzaman Abdullah.

Oleh itu, beliau berharap agar tenaga kempen parti dan penceramah Muslimat dapat melihat sendiri dengan mata mereka dan memberi keyakinan kepada masyarakat tentang projek membazir itu.

Seorang peserta lawatan, Nur ‘Afini Yahaya, 24, ketika ditemui berkata, lawatan itu akan dapat membuka minda para peserta tentang situasi sebenar.

“Saya harap tenaga kempen parti dapat menimba ilmu pengetahuan yang lebih luas dalam memahami sesuatu isu secara fakta dan realiti,

(Gambar bawah – Taman Botani di Pulau Selimbar Tasik Kenyir masih semak samun)

“Seperti yang dimaklumkan, lawatan kali ini padat bersama taklimat dan pencerahan serta aktiviti-aktiviti yang akan melatih kemahiran para petugas,” ujarnya.

Beliau mengakui sangat teruja dapat menyertai lawatan tersebut yang kali kali pertama diadakan oleh Muslimat Negeri Terengganu.

Seorang lagi peserta yang ditemui, Siti Ruqayah Mohd Akahsah, 31, berkata, “lawatan ini akan memberi manfaat kepada kami ‘ para peserta’ sekaligus merapatkan hubungan silaturrahim di antara kami insya-Allah,

“Saya berharap dapat sesuatu yg boleh ‘ improve skills’ penulisan dan ‘presentation’ dan yang paling penting moga kehadiran esok dapat membantu kelancaran program jemaah,” katanya.