Ziarah Dan Liqa’ Mahabbah Bersama Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang

3393

Pada pagi yang mulia ini, 30 Zulhijjah 1438H, bersamaan 21 Sept, kami dikunjungi Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia yang juga Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam kunjungan mahabbah ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Antara perbincangan dan mutiara nasihat ialah;

1. Peranan institusi agama dalam menyampaikan dakwah
2. Sifat wasatiy dan kesederhanaan perlu dijelmakan dalam kehidupan ini
3. Memahami fiqh waqie dan realiti dalam menghadapi cabaran semasa
4. Sikap kita terhadap pelbagai isu
5. Menghidupkan khazanah ilmiah dengan penyelidikan dan kajian serta berijtihad secara jamaie

Semoga ia memberi manfaat kepada kita dalam memahami realiti semasa untuk menegakkan syiar Islam dengan penuh hikmah dan rahmat.

Kami mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan jazakumullahu khairal jaza’ atas ziarah yang bersejarah ini.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
https://www.facebook.com/drzulmuftiwp/