DUNGUN – Bekas Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura pada Pilihanraya Umum Kali Ke-13 (PRU-13) Mei lalu, Zakariah Ali, yang akan menjadi ‘Tetamu Allah’ menerima tetamu istimewa.


Zakariah yang akan bertolak menunaikan fardhu haji pada Khamis 26 September ini bagi menunaikan turut menerima kunjungan daripada ADUN Rantau Abang, YB Hj Alias Harun.
Bersama-sama menyertai ziarah tersebut ialah Bendahari Jawatan Kuasa Khas Parlimen Dungun, Haji Embong Abdullah yang mewakili YB Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly.
Ustaz Wan hassan tidak dapat bersama keraa beliau sedang menghadiri sidang parlimen yang bermula semalam.
Pada PRU-13 lalu, Zakariah yang merupakan pengundi DUN Rantau Abang merupakan calon BN menentang Wan Hapandi Wan Nik di kerusi DUN Sura yang telah dipertahakan oleh PAS dengan majoriti 2,957 undi.


























