YDP Kemaman Ziarah Keluarga Nelayan

1583

Oleh : Mohd Tishaah

KEMAMAN – Kehilangan sebuah bot pukat tunda bersama empat nelayan sejak 10 hari lepas terus menjadi igauan dan menghantui kehidupan keluarga mereka.

Bagi memberi sokongan, Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid mengunjungi keluarga mangsa bot hilang untuk bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan kewangan dan barangan keperluan asas.

mangsa bot hilang1Abdul Wahab tekak, 57 tahun pemilik bot dan taikong bot beserta 3 orang awak-awak, Azuari Muda, 41 tahun, Mohd Nasri Abdul Wahab, 30 tahun dan Mohd Zawawi Seman, 36 tahun, masih belum ditemui dan tiada khabar berita meskipun pelbagai usaha telah dan sudah dijalankan.

Turut bersama rombongan pas kawasan kemaman ialah Setiausaha PAS Kawasan, Mohd Hafiz Adam, Naib YDP Ustaz Hazri Jusoh, Ketua Pemuda Ustaz Ramlan Mahmood.

Semoga keluarga mangsa bersabar dengan ujian dariNya ini dan mangsa akan kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.