Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

YB Ramli Nuh Perlu Konsisten Mempertahankan Cabarannya

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/debat%20Ramli%20Nuh.jpg

Berikut penjelasan lanjut saya :

1. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sinar Harian yang meletakkan kedua-dua laporan, satu bagi pihak Dewan Pemuda PAS dan satu lagi bagi pihak YB Ustaz Muhammad Ramli Nuh. Justeru, masyarakat boleh menilai keduanya.

2. Kenyataan YB Muhammad Ustaz Haji Ramli Nuh terhadap DPPNT yang menurutnya tidak profesional adalah sangat mendukacitakan. Saya jelaskan seperti berikut :-

a. Dilihat tidak ikhlas kerana ada logo debat dibuat. Penjelasannya, ia hanyalah inisiatif media untuk menggambarkan sokongan penuh debat ini diadakan. Mengikut semakan, hanya satu sahaja yang tersebar dan tidak ada kaitan dengan tarikh atau tempat. Justeru ia adalah promosi dan sokongan agar debat berjaya dianjurkan.

b. Cadangan 7 Mac untuk debat adalah tawaran tarikh yang menandakan kesungguhan pihak DPPNT. Jelas dalam surat pelawaan tersebut, tarikh hendaklah dipersetujui bersama. Sebagai asas, 7 Mac 2013 adalah cadangan yang dirasakan sesuai untuk diadakan menurut DPPNT. Jika YB Muhammad Ustaz Haji Ramli Nuh berhalangan, pihak beliau boleh mencadangkan tarikh yang lain. Ia adalah format biasa dalam jemputan. Sila rujuk laporan SH.

c. Permintaan untuk menjemput adalah datang secara rasmi daripada DPPNT kerana YB Muhammad Ustaz Haji Ramli Nuh sendiri yang menunggu surat rasmi DPPNT. http://teganukita.blogspot.com/2013/02/adun-tepoh-sedia-berdebat-dap-ganti-pas.html

d. Perjumpaan akan berlaku untuk memuktamadkan tempat dan format debat setelah tarikh dipersetujui oleh kedua belah pihak. Ia cukup jelas.

e. Penetapan tarikh 24 Feb untuk menjawab adalah proses biasa untuk membuktikan komitmen dan janji debat yang disahut beliau. Jawapan balas surat beliau cukup sekadar menyatakan bersetuju dengan tarikh atau tidak bersetuju kerana komitmen yang lain dan cadangan tarikh baru daripada pihak beliau.

Kesimpulan, saya cukup hairan dengan tuduhan DPPNT tidak profesional. Pada saya, tindakan YB Ustaz Muhammad Ramli Nuh yang hanya menjawab melalui akhbar lebih tidak profesional.

3. Tanggungjawab memohon dengan Perhubungan Umno Negeri adalah tanggungjawab YB Ustaz Muhammad Ramli Nuh, bukannya DPPNT.

4. Saya panjangkan hasrat murni ini untuk menegakkan politik bermaklumat di kalangan rakyat secara adil dan harmoni dengan bersetuju pada bia-bila tarikh yang ditawarkan oleh YB Ustaz Muhammad Ramli Nuh.

5. Saya tetap memperjuangkan aspirasi anak muda dan rakyat dalam membangunkan politik yang jujur dan bukan menggunakan kaedah ‘paksa dengar’ dan ‘bersilat di gelanggang sendiri’ sambil memperbodohkan pendengar dan masyarakat.

6. Saya berharap YB Ustaz Muhammad Ramli Nuh konsisten dan ikhlas dalam mempertahanan serangan beliau terhadap PAS melalui ceramah yang disampaikan olehnya di kalangan masyarakat. Beliau juga perlu membuktikan kesediaan beliau untuk berdebat kerana seringkali membuat cabaran terbuka kepada orang-orang PAS setiap kali menyampaikan ceramah sempena agihan BR1M dll di kalangan masyarakat.

Salam hormat.

HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM
EXCO DPPNT

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan