Yaman : Krisis Kemanusiaan Terburuk Di Dunia – Kesatuan Eropah (EU)

2057

Kesatuan Eropah menyatakan, negara Yaman telah menjadi kancah ‘krisis kemanusian paling teruk di dunia’ yang menuntut perlindungan keatas kematian ramai orang awam dalam konflik yang telah berlarutan selama tiga tahun.

Kumpulan negara-negara Barat itu turut mengutuk serangan ke atas orang awam selepas puluhan dibunuh dan menyeru para pejuang untuk duduk bersama melakukan rundingan.

Dalam kenyaatan EU pada Sabtu lalu, kawasan Pelabuhan Laut Merah Hodeidah,menyaksikan serangan dan pertumpahan darah yang telah mengorbankan sekurang-kuranya 55 orang.

Serangan udara keatas bandar tersebut yang dilakukan pakatan Arab-Emirat , dipersalahkan, namun seorang jurucakap pakatan menafikan bertanggungjawab untuk pembunuhan beramai-ramai tersebut.

“Serangan udara berturut-turut di bandar Hodeidah sekali lagi mendakwa berpuluh-puluh nyawa dengan ramai yang cedera,

“Inilah peringatan tragis bahawa di Yaman, undang-undang kemanusiaan Antarabangsa melindungi orang awam dan insfrastruktur awam semasa perang ……terus di engkari setiap hari,” menurut kenyataan EU itu.

Tentera kerajaan Yaman melancarkan operasi utama untuk merebut kembali Hodeidah dan pelabuhan strategiknya dari pemberontak Houthi pada bulan Jun dengan sokongan Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu.

Hodeidah telah berada di bawah kawalan Houthis yang sejak 2014 yang bertanggungjawab menngendalikan 70 peratus barangan import di Yaman dan kebanyakannya bantuan Kemanusiaan, makanan dan bahan api.

Pakatan Arab-UAE menuduh Houthi menjalankan penyeludupan senjata melalui pelabuhan Hodeidah.

Justeru itu, lebih daripada 121,000 orang telah melarikan diri dari bandar sejak permulaan serangan itu, menurut laporan PBB.

EU mengutuk pengeboman kawasan yang padat penduduk dan mengakibatkan kemusnahan sekolah, kemudahan perubatan, kawasan kediaman, pasar, sistem air, pelabuhan dan lapangan terbang.

Dengan bantuan logistik dari Amerika Syarikat, Arab Saudi dan UAE telah melancarkan serangan di Yaman sejak Mac 2015 dalam usaha untuk mengembalikan semula pemerintahan Presiden Abu Rabbu Mansour Hadi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Pakatan Arab telah berulang kali menuduh saingan serantau Iran, membekalkan senjata kepada pihak pemberontak dan menafikan tuduhan-tuduhan Houthis dan Iran.

Sekurang-kurangnya 10,000 orang telah terbunuh dalam pertempuran dan lebih dari 22 juta penduduk kelaparan serta amat memerlukan bantuan.