Yakin ke Putrajaya kalau satu lawan satu

686

Ini kerana, katanya masyarakat bukan Islam tidak lagi takut serta bimbang dengan perjuangan parti Islam seperti PAS.

Menurutnya, masyarakat bukan Islam telah mula yakin dengan keadilan Islam serta konsep Negara Berkebajikan PAS.

“Tahun 2008 berlaku perubahan (pilihan raya) yang dahsyat. Di mana, orang bukan Islam sudah tidak takut lagi kepada parti Islam (PAS). Mereka yakin akan keadilan Islam. Mereka yakin dengan Negara Berkebajikan.

“Bahkan, mereka (bukan Islam) yakin dengan ulama’-ulama’ kita (PAS). Kita (PAS) pula sedia bekerjasama termasuk dengan DAP untuk merubah corak pemerintahan di negara kita ini,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, di Kampung Batu Lima, Alor Tempoyak, Dungun, 19 Januari.

Katanya, perubahan tersebut boleh berlaku hingga ke peringkat bertukar tangan tampuk pemerintahan di Putrajaya.

Menurutnya, penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap PAS telah memecah pemikiran rakyat bahawa kerajaan BN boleh dikalahkan di peringkat Putrajaya.

“Bila orang bukan Islam boleh undi calon PAS dan orang PAS boleh undi calon DAP, lima buah negeri bertukar tangan dalam pilihan raya 2008 yang lalu.

“Sekarang rakyat Malaysia mula melihat, Barisan Nasional boleh dikalahkan di peringkat Putrajaya.

“Rakyat melihat selepas (pilihan raya) tahun 2008, jika satu lawan satu tidak pelik Putrajaya boleh bertukar tangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13,” tegasnya dengan yakin.

Sehubungan itu, beliau turut yakin pilihan raya umum akan datang Terengganu akan kembali semula kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.