Terengganu, Malaysia

Kerajaan PAS Terengganu Bawa Suara Cina Ke DUN

Kerajaan PAS Terengganu Bawa Suara Cina Ke DUN

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Negeri Terengganu bakal melantik seorang wakil masyarakat Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan bagi memastikan suara komuniti bukan Melayu diwakili dalam institusi perundangan negeri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ketetapan tersebut telah dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berpandukan peruntukan sedia ada di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu.

Peruntukan berkenaan membenarkan pelantikan wakil daripada kaum, jantina atau kumpulan tertentu yang tidak mempunyai perwakilan secara langsung di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita buat keputusan, setelah mempertimbangkan pelbagai perkara dan mendapat kelulusan MMKN, untuk melantik seorang wakil Cina daripada ahli Gerakan sebagai ADUN lantikan.

“Langkah ini merupakan komitmen bersama kita untuk memastikan kewujudan wakil bagi warga serta komuniti Cina di Terengganu,” katanya.

Kerajaan PAS Terengganu Bawa Suara Cina Ke DUN

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa lawatan ke Bilik Gerakan Perikatan Nasional (PN) di Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Urusan pelantikan rasmi dan angkat sumpah itu dijangka disempurnakan pada persidangan DUN Terengganu yang dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 18 November ini.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS berharap wakil yang dilantik kelak dapat menjalankan peranan sebagai jambatan penghubung yang berkesan antara rakyat dan pentadbiran negeri, khususnya dalam membawa isu kebajikan serta memperkukuh keharmonian antara kaum.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan