Terengganu, Malaysia

Rakyat Tolak PH, Sokong Muafakat PN-BN

Rakyat Tolak PH, Sokong Muafakat PN-BN

MELAKA, 8 Nov 2026 _ Rakyat mengharapkan perubahan kepimpinan dengan menolak Pakatan Harapan(PH);serta memberi peluang kepada Muafakat Pei PN-BN membawa aspirasi dan harapan masyarakat.

Timbalan Ketua Muslimat PAS Dungun, Serena Lim Abdullah berkata peluang bertemu dan berkenalan bertemu pengundi -pengundi di DUN Bukit Katil yang memberikan maklum balas positif setiap kali turun kempen dari rumah ke rumah.

” Tidak kira semada pengundi Melayu atau Cina mereka inginkan perubahan dengan menolak Pakatan,” katanya ketika dihubungi di sini pada November.

Bagaimanapun, beliau berharap agar segala janji yang dikemukakan dapat ditunaikan sekiranya calon berkenaan diberikan mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Perkara paling penting adalah komitmen untuk memberikan perkhidmatan terbaik, mendengar suara rakyat serta mengambil berat terhadap keperluan masyarakat tanpa mengira latar belakang,” ujarnya yang turun kempen di DUN Bukit Katil.

Sementara itu, Ketua Muslimat Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang, Cikgu Rugayah Mahmood berkata DUN Rantau Abang telah menghantar seramai 22 orang petugas bagi membantu gerak kerja pilihan raya berkenaan.

“Jentera kempen DUN yang mula turun ke Melaka pada 30 Oktober terdiri daripada anggota Muslimat, Muslimin, Pemuda dan Ameerah yang bersama-sama menggalas tanggungjawab dalam tugasan yang telah ditetapkan.

“Penglibatan pelbagai sayap itu memperlihatkan kesungguhan kita melaksanakan arahan parti untuk turun membantu untuk memenangkan calon Nombor Dua, N17 Bukit Katil, Ridzuan Sarif,” jelasnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan