Terengganu, Malaysia

Skuad 4×4 Jadi Talian Hayat Banjir Terengganu

Skuad 4×4 Jadi Talian Hayat Banjir Terengganu

DUNGUN – Gerakan sukarelawan pacuan empat roda (4×4) di seluruh Terengganu kini diperkasakan dan digerakkan ke setiap daerah bagi memastikan operasi menyelamat serta penghantaran bekalan makanan tidak terputus sebaik Monsun Timur Laut (MTL) melanda.

Pengerusi Khidmat Malaysia Terengganu, Dato’ Hanafiah Mat berkata, pemilik kenderaan 4×4 merupakan aset sokongan barisan hadapan yang sangat bernilai untuk menembusi laluan sukar atau kawasan yang ditenggelami air.

“Peranan pasukan 4×4 dalam menghadapi bencana banjir sangat besar, khususnya dalam membantu operasi pemindahan dan rondaan di kawasan yang terjejas.

“Kita akan menggerakkan semula pasukan 4×4 di seluruh daerah selepas ini bagi memastikan kesiapsiagaan sukarelawan dapat diperkukuh,” katanya.

Skuad 4×4 Jadi Talian Hayat Banjir Terengganu

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu menegaskan, persediaan awal ini penting supaya jaringan sukarelawan dapat disusun secara kemas sebelum bencana tiba, dan bukannya bertindak secara kelam-kabut di saat air sudah naik.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Sukarelawan Khidmat Malaysia Terengganu yang menghimpunkan pemilik kenderaan lasak dari seluruh negeri di Dewan Al-Husna, di sini, hari ini.

Langkah penyelarasan berkenaan diyakini mampu mempercepatkan misi pemindahan penduduk serta memudahkan urusan logistik dan agihan bantuan kecemasan kepada mangsa banjir, khususnya di kawasan pedalaman yang sukar diakses kenderaan biasa.

Skuad 4×4 Jadi Talian Hayat Banjir Terengganu

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan