Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Xpresi Hijau Pemuda Kuala Nerus 2013; Program Pra PGU 7.0

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/xpressi%20hijau1.jpg

(Khamis, Jumaat & Sabtu) bertempat di Dataran Pekan Batu Enam, Kuala Nerus bagi menzahirkan sokongan dan dokongan anak-anak muda kepada perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi mendaulatkan Islam serta meruntuhkan kezaliman & jahiliah moden.

Program Xpresi Hijau juga adalah program Pra PGU 7.0 yang akan diadakan di Kampung Banggol Peradong, DUN Teluk Pasu pada 13hb Februari hingga 16hb Februari 2013.

Program Xpresi Hijau bermula dengan Ceramah Perasmian pada jam 9:30 malam, 31hb Januari 2013 yang menampilkan al-Ustaz Nik Mohd Abduh Bin TG Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz (Timbalan Ketua DPP Malaysia), al-Ustaz YB. Hj. Mohd Noor Bin Hamzah (Ketua DPP Negeri Terengganu), al-Ustaz Hj. Ridzuan Bin Hj. Hashim (Ketua DPP Kawasan Kuala Nerus) dan Yang Berbahagia Saudara Sulaiman Bin Ibrahim @ Leman Raja Lawak (Tetamu Selebriti).

Perasmian Xpresi Hijau, Inn Shaa Allah akan dilakukan oleh al-Ustaz Nik Mohd Abduh Bin TG Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz (Timbalan Ketua DPP Malaysia) pada jam 12:00 tengah malam beserta gimik perasmian.

Program Xpresi Hijau berterusan pada 1hb Februari 2013 dengan Konvoi perarakan anak muda daripada DUN-DUN dalam Kawasan Kuala Nerus yang bermula seawal jam 7:30 pagi dari empat lokasi iaitu 1) DUN Seberang Takir – Dataran Mohd Sabu, Kampung Tok Jembal, 2) DUN Tepoh – Tapak Pasar Malam Kampung Wakaf Tengah, 3) DUN Teluk Pasu – Pusat Khidmat DUN Teluk Pasu, Kampung Petai Bubus dan 4) DUN Bukit Tunggal – Tapak Pasar Malam, Pulau Duyong.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/xpressi%20hijau2.jpgKonvoi akan melalui jalan-jalan terpilih dalam DUN masing-masing dengan dipimpin oleh tokoh-tokoh pemuda iaitu al-Ustaz YB. Hj. Mohd Noor Bin Hamzah, al-Ustaz Hj. Ridzuan Bin Hj. Hashim, al-Ustaz Hishamuddin Bin Hj. Abdul Karim dan pimpinan Pemuda serta PAS Kawasan Kuala Nerus.

Program pada hari tersebut diteruskan dengan Pelancaran Jentera PRU-13 Pemuda Kawasan Kuala Nerus oleh al-Ustaz YB. Hj. Mohd Noor Bin Hamzah (Ketua DPP Negeri Terengganu) di tapak Xpresi Hijau dengan lafaz ikrar kerja Pemuda bagi menumbangkan Kerajaan Umno dan Barisan Nasional pada PRU-13 yang akan dipimpin oleh Timbalan Ketua DPP Kawasan Kuala Nerus iaitu al-Ustaz Adam Bin Ismail.

Program Xpresi Hijau akan dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik, menjiwai anak-anak muda Islam iaitu acara sukaneka rakyat, acara pertandingan bermotosikal oleh Alternative Riding Club(ARC), acara mewarna kanak-kanak & anak-anak Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), pertunjukan motocross, “Malam Xpresi Anak Muda” (malam kesenian Islam), Hi-Tea ramah mesra Pimpinan Pemuda Negeri Terengganu dengan anak muda dan ziarah berkebajikan kepada pemuda-pemuda oleh pimpinan pemuda kawasan.

DPPKKN menjemput dan mengalu-alukan semua anak-anak muda, muslimin dan muslimat ke Xpresi Hijau Pemuda Kuala Nerus 2013. Semoga sedikit usaha kita ini akan menjadi asbab kepada kemenangan Islam dalam PRU-13 yang akan datang ini.

DPPKKN juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih, jazakumuLLAHukhairal jaza’ kepada individu dan semua pihak yang menyumbangkan wang ringgit, masa, tenaga, usaha dan sokongan untuk menjayakan program yang penuh bermakna ini. Terutamanya para pemuda DUN Bukit Tunggal & Cawangan Batu Enam yang bertungkus lumus mempersiapkan prasarana bagi program ini.

Sekian,

Ridzuan Bin Haji Hashim,
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu/
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus.

25hb Januari 2013.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan