1. Kementerian Pendidikan didesak untuk mendapatkan referendum bagi menimbang kekecewaan yang dialami sebahagian tenaga pendidik terhadap sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).
2. Prinsipnya kita bersetuju dengan sistem pentaksiran yang holistik bagi menggambarkan kualiti para pelajar, namun dari aspek operasi dan pelaksanaannya ia dilihat lemah serta membebankan malah mengganggu tumpuan para pendidik kepada tugas asas mereka.
3. Sejak pelaksanaannya pada tahun 2011 dan 2012, kita melihat ramai pihak mengeluh dengan sistem berkenaan sehingga wujud beberapa task force yang membantah pelaksanaan tersebut. PBS sangat menyusahkan sehingga kemudharatannya jauh lebih banyak dari manafaat yang dijangka.
4. Oleh yang demikian, perlu wujud satu mekanisme seperti referendum bagi mendapatkan pandangan dalam usaha menambahbaik pelaksanaan tersebut.
5. Jangan menafikan pandangan golongan pendidik kerana mereka merupakan pihak pelaksana sistem dan pastinya tindakan mereka akan mencerminkan keberkesanan sistem berkenaan.
6. Kita tidak mahu pihak kerajaan mengusulkan dasar yang tidak matang sehingga akhirnya akan berlaku ‘flip flop’ dan merugikan banyak perkara.
Nasrudin bin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh
AJK PAS Pusat




























