WINS; Malaysia Menerajui Dunia

1710

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) mampu menjadikan Malaysia sebagai peneraju Dunia.

Setiausaha Institut Kajian Polisi (IKP) Ustaz Zulhilmi Abdul Rahman berkata ia tidak mustahil jika diambil daripada kelompok negara-negara ASEAN yang mempunyai penduduk seramai 300 juta orang dimana suara kita mempunyai kekuatan.

“Turki yang suatu ketika dulu tidak dikenali, tetapi hari ini, suara Turki didengari oleh kuasa-kuasa besar”,

Zulhilmi Abdul Rahman

“kita bukan nak jadi kuasa besar dunia, tetapi suara kita ada kekuatan,” ujar beliau ketika berucap di program Penerangan Isu WINS, Dokumen Hijau dan Manifesto di Dewan Terbuka Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah, di sini pada Sabtu, 17 Mac.

Menurut beliau perkara tersebut termasuk dalam fasa ketiga WINS, manakala fasa pertamanya adalah untuk membaik pulih ‘kerosakan’ negara dan yang kedua untuk bina Negara Sejahtera.

“Cara kita nak betulkan negara tidak ada negara lain buat dalam dunia, cara kita, kita letak nilai asas takwa dalam  pentadbiran kita,” jelas beliau.

Sebelum itu, ketika merasmikan majlis tersebut, Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mengingatkan bahawa mana-mana kumpulan yang bergabung dengan Islam, berjuang dengan Islam, berpaksikan Islam,  kumpulan tersebut akan diserang siang dan malam.

“Hari ini PAS diserang dengan imej yang berbagai, Presiden kita diserang dengan begitu hebat,”, jelasnya.

Justeru itu, Ahli Parlimen Dungun itu mengajak petugas-petugas, ahli dan penyokong PAS melonjakkan sehabis mungkin gerakerja pilihan raya untuk mencapai kemenangan pada PRU 14.