Waspada Dengan Media Massa

1088

Oleh : Rohayati Ripin

SETIU – PAS memberi ingatan agar rakyat berhati-hati dalam mengutip maklumat terutamanya melalui media masa samada arus perdana dan media sosial.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, sekarang ini kadang-kadang saya nampak terlalu banyak isu-isu yang mengelirukan.

“Yang mana pada masa yang sama kita (PAS) ada juga program muslimat ikon masyarakat,

“Pemimpin yang datang supaya hubungan dua hala ini dapat digemblengkan agar mereka dapat maklumat yang betul berhubung dengan isu-isu yang berlaku dalam masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program ziarah pemimpin masyarakat sempena program HARAP 3.7 pada 28 Julai disini.

Turut bersama beliau ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Terennganu Hajah Zarani Othman dan Setiausaha MTD Batu Rakit Dzakaria Mohd Salleh.

“Sebagaimana kita adakan program ceramah, kita mengharapkan program ceramah kita itu dapat memberikan maklumat yang tepat berhubung dengan apa yang sedang berlaku,

“Orang yang kita ziarah tu sebahagiannya adalah orang yang jadi pemimpin masyarakat setempat,orang yang berpengaruh termasuk juga orang yang uzur dan orang yang sakit ,

“Dalam program seumpama ini sebenarnya mendekatkan lagi PAS dengan masyarakat,” ujarnya.

Menurutnya, pada umumnya program tersebut mendapat sambutan sangat baik .

“Itulah sebenar antara tujuan penting kita mengadakan program harap ini ialah untuk memasyarakatkan PAS ,

“Dalam erti kata PAS dari segi perjuangannya bukan sekadar politik pilihanraya tapi isu-isu yang melibatkan soal hubungan dengan masyarakat setempat, orang yang berpengaruh, orang yang perlu pembelaan sakit dan seumpamanya,” jelas beliau.