– Kerana Menyiasat Pembunuhan Beramai-ramai Rohingya
Dua wartawan yang membuat siasatan terhadap pembunuhan beramai-ramai 10 orang Rohingya telah ditahan sejak dua bulan lalu.
Reuters mengesahkan secara terbuka bahawa dua rakyat Myanmar, Wa Lone, 31, dan Kyaw Soe Oo, 27, yang bekerja dengan mereka ditangkap pada 12 Disember di pinggir Yangon.
Kedua-dua mereka kini menghadapi hukuman 14 tahun penjara atas tuduhan memiliki dokumen rahsia yang melanggar Akta Rahsia Rasmi era kolonial.
Nasib mereka telah mencetuskan kebimbangan global terhadap kebebasan akhbar yang teruk di Myanmar dan usaha buruk rejim pemerintah untuk mengekang pelaporan di negeri utara Rakhine.
Wilayah itu yang telah kama dilanda krisis di mana tentera dituduh melancarkan kempen pembersihan etnik terhadap minority Rohingya, yang majoritinya beragama Islam.
Hampir 700,000 orang Rohingya telah lari menyalamatkan diri sejak Ogos lepas, membawa cerita tentang kekejaman tentera dan kumpulan sukarelawan bersenjata di negara majoriti Buddha.


Rejim Myanmar menafikan pertuduhan itu tetapi telah memutuskan dan menyekat media bebas daripada mengakses kawasan konflik tersebut.
Pada hari Khamis Reuters menerbitkan laporan yang menerangkan bagaimana tentera Myanmar dan penduduk kampung beragama Buddha menghukum 10 orang Rohingya di kampung Inn Dinn Rakhine pada September 2, 2017, sebelum membuang mayat mereka ke dalam sebuah kubur besar.
“Siasatan Reuters keatas pembunuhan beramai-ramai Inn Din adalah apa yang mendorong pihak berkuasa polis Myanmar untuk menangkap dua wartawan agensi berita itu,” kata laporan itu.
Pernyataan tersebut berdasarkan keterangan dari penduduk kampung beragama Buddha, pegawai keselamatan dan saudara-mara lelaki Rohingya yang dibunuh.
Ia termasuk gambar grafik seorang mangsa, tangan terikat melutut di atas lantai sebelum pembunuhan itu dan menghumban jasad mereka dalam sebuah lubang selepas ditembak.





























