Walaupun ketegangan yang memuncak baru-baru ini di kompleks Masjid Al-Aqsa Baitulmuqaddis Timur telah reda, namun ramai rakyat Palestin masih bimbang.
Mereka tidak menaruh kepercayan, walaupun Israel telah berjanji, tidak akan meneruskan hasrat membahagikan masjid ketiga suci Islam itu kepada dua bahagian.
Pusingan keganasan terbaru di Tebing Barat yang diduduki telah menyebabkan puluhan rakyat Palestin terbunuh setakat ini.


Pertempuran, sebahagian besarnya dicetuskan oleh kumpulan-kumpulan ekstremis penduduk Yahudi yang menceroboh al-Aqsa, yang sentiasa diiringi oleh pasukan keselamatan Israel.
Mereaka masuk dalam jumlah yang lebih ramai dan lebih besar, di mana mereka sering melakukan “ritual Talmud” walaupun larangan telah lama dibuat.
Menurut Sheikh Ikrima Sabri, ketua Majlis Islam Tertinggi dan bekas Mufti Jerusalem, kemarahan warga Palestin bergerak sekali, tindakan membolehkan sejumlah besar orang Yahudi ke Al-Aqsa manakala sekatan keatas orang Islam.
Katanya, adalah sebahagian daripada rancangan Israel untuk “pembahagian laman al-Aqsa ‘temporal dan spatial antara penganut dua agama’.
Daripada pendudukan Israel di Jerusalem pada tahun 1967 hingga tahun 2000, Jabatan Jerusalem Wakaf Islam, yang dikendalikan oleh Jordan, telah bertanggungjawab semata-mata untuk perkarangan Masjid Al-Aqsa dan bagi mengawal selia lawatan ke tempat itu oleh bukan Islam.
Pada bulan September 2000, lawatan ke Al-Aqsa oleh pemimpin kontroversi Israel, Ariel Sharon – disertai oleh delegasi yang besar dan beratus-ratus polis rusuhan Israel telah mencetuskan apa yang kemudiannya dikenali sebagai “Intifada Kedua”


Berikutan lawatan perbalahan Sharon, Jabatan Wakaf Islam mengharamkan lawatan ke tempat itu oleh bukan Islam.
Pada tahun 2003, bagaimanapun, kerajaan Israel secara ‘unilateral’ memutuskan, walaupun bantahan daripada Jabatan Wakaf Islam, mereka membenarkan pelawat bukan Islam ke dalam kompleks masjid.
Sejak itu, semakin sayap kanan Israel, pelampau Yahudi peneroka telah dibenarkan masuk ke perarangan al-Aqsa dalam jumlah yang semakin besar.
Sebaliknya warga Palestin semakin disekat dan akses ke kiblat pertama itu telah menjadi semakin terhad.
Bagi umat Islam, Al-Aqsa merupakan tapak ketiga paling suci di dunia. Yahudi, bagi sebahagian mereka, merujuk kawasan itu sebagai “Temple Mount”, mendakwa ia merupakan tapak dua kuil Yahudi pada zaman purba.





























