Kumpulan Pertama Delegasi Misi Bantuan Kemanusiaan Gempabumi Afghanistan Tiba Di Kabul

1493

KABUL – Tujuh daripada sepuluh anggota Misi Kemanusian membantu mangsa gempabumi Afghanistan telah tiba di Kabul petang semalam, setelah berlepas dari Kuala Lumpur pada Selasa, 10 November.

Ketuanya, Haji Jamuliddin Elias mengucapkan syukur kepada Allah kerana dapat menempuh perjalanan dengan selamat dan mengucapkan terima kasih kepada NGO tempatan ‘Humanitarian Assistance Society’ (HAS).

Menurutnya, kecekapan HAS dalam menguruskan ketibaan Misi telah berjaya mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa di lapangan terbang Kabul.

Misi Bantuan Gempabumi Afghan Berlepasdari KLIA“Alhamdulillah hari ni kami sampai di Kabul dan kecekapan (mengurus) NGO tempatan HAS telah berjaya (berunding dengan pihak berkuasa dan) melepaskan ubat-ubatan (di lapangan terbang)

“(terima kasih) diatas ihsan mereka (penguatkuasa tidak menahan) kerana mereka tahu kami membawa ubatan adalah untuk mangsa gempabumi,”katanya

Jamuliddin yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia berkata, selain membawa ubat, Misi pada kali ini turut membawa pakaian musim sejuk yang akan diagihkan di kawasan-kawasan terjejas serta sumbangan kewangan dari seluruh warga Malaysia.

Katanya, operasi pemulihan (rehabilitation) dan rawatan perubatan lapangan akan dibuat setiap hari mulai Khamis selama tiga hari sehingga 15hb November, sebelum rombongan kembali semula ke Kabul.

“In sha Allah, selepas ini (malam ini) kami akan berbincang (untuk operasi) yang pasti disebabkan oleh musim sejuk, kita akan memberi keutamaan agihan makanan,

“selain itu dua orang doktor dan pembantu perubatan akan meneruskan rawatan perubatan di lapangan selama 3 atau 4 hari di kawasan yang memakan masa selama 7 jam perjalanan dari Kabul,”jelasnya

https://youtu.be/dxL4gKqY3tY

Menurut petugas HAS, Ahmad Qureshi, antara kawasan-kawasan tersebut adalah Jalalabad, Kunar, Badakhsan dan lain-lain,bergantung kepada masa dan cuaca.

Bagi pihak HAS dan juga Yayasan Islah Afghanistan selaku ‘NGO Payong’ beliau mengucapma syukur dan berterimakasih kepada semua NGO Malaysia yang menyertai Misi pada kali ini.

“kami berbesar hari dan mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Amal dan lain-lain NGO yang sudidatang dan melawat kami di sini serta membantu warga Afghanistan yang ditimpa bencana,

“semoga Allah membalas semua kerja-kerja baik ini, yang tidak dapat kami balas dengan tenaga dan wang ringgit yang saudara-sauadara curahkan untuk datang ke sini,”ujarnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang bermurah hati menyumbangkan kewangan bagi membeli keperluan mangsa-mangsa gempabumi Afghanistan.