Warga Asing Melebihi Penduduk Tempatan di Lima Daerah Di Sabah

1030
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/rumah%20terbuka%20kuala%20Nerus.jpg

Menurutnya, sidang parlimen diberitahu, lima daerah di negeri Sabah mempunyai rakyat asing terdiri daripada warga Indonesia dan Filipina  yang diberi kerakyatan Malaysia.

“pengalaman membawa masuk orang (warga asing berlaku) macamana mereka mahu mengambil balik Sabah daripada PBS sewaktu (zaman) Pairin Kitingan jadi Ketua Menteri (berjumlah) lebih 600,000 orang dalam masa kurang daripada 10 tahun,

“sekarang ni sudah dilaporkan (seramai) 2 juta orang pendatang asing yang mendapat kerakyatan (daripada) orang Indoneia dan Filipina menetap di Sabah,”ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Palimen Kuala Terengganu berkata, perkara tersebut di tentang keras oleh Ahli Parlimen Umno sendiri dari Kalabakan Datuk Ghafar Salleh dalam sidang Parlimen.

Oleh itu, menurutnya, rakyat Sabah menuntut satu perubahan dan ramai tokoh-rokoh politik Sabah yang menyertai ‘Pakatan Perubahan Sabah’.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah terbuka PAS Kuala Nerus pada Sabtu 15 September.

Katanya, tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah tidak akan memberi kesan bahkan hanya tindakan menghina rakyat Sabah.

“Najib tertekan dan tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tetapi beri tempoh enam bulan, enam bulan itu (ia) ‘menganjing’ (menghina) rakyat Sabah, kerana tempoh tersebut akan akan tamah sesudah pilihanraya umum akan datang,”jelasnya.