Wanita Tuntut Siasatan Serangan Seksual Trump

1216

Tiga wanita yang menuduh Donald Trump telah melakukan serangan seksual dan menggesa Kongres untuk melancarkan siasatan bebas tindakan terhadap Presiden Amerika Syarikat.

Samantha Holvey, Rachel Crooks dan Jessica Leeds pertama kali membuat pada tahun lepas, memperincikan keadaan berasingan di mana mereka berkata Trump secara paksa mencium dan meraba mereka, sebelum beliau menjadi presiden.

“Ini bukan isu partisan. Ini adalah bagaimana wanita dilayan setiap hari,” kata Holvey, bekas peserta ratu cantik Miss USA, pada sidang akhbar di New York pagi Isnin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pentadbiran Trump hari yang sama, bagaimana pun telah menafikan dakwaan wanita terbabit.

“Tuntutan palsu, sama sekali dipertikaikan dalam kebanyakan kes dengan keterangan saksi, ditangani dengan panjang lebar semasa kempen tahun lepas,

“dan rakyat Amerika menyuarakan pertimbangan mereka dengan memberikan kemenangan muktamad,” menurut kenyataan White House yang dipetik The Washington Post.

Bercakap kepada pemberita pada hari yang sama, Setiausaha Akhbar White House Sarah Sanders berkata Presiden telah menafikan semua dakwaan itu.

“Ini berlaku lama sebelum beliau dipilih sebagai Presiden dan rakyat negara ini, pada pilihan raya penentu, Presiden Trump disokong,” kata Sanders.

Tetapi gesaan wanita untuk siasatan rasmi ke atas tindakan Trump turut dibangkitkan anggota Senat parti Demokrat yang telah menekan agar Trump untuk meletakkan jawatan atas dakwaan serangan seksual.

“Kita mempunyai seorang presiden yang mengakui pada pita rakaman bahawa dia menyerang wanita.

“Saya berharap bahawa dia (Trump) memberi perhatian kepada apa yang berlaku dan berfikir tentang meletakkan jawatan,” kata Bernie Sanders menulis di Twitter Khamis lepas.

Sekurang-kurangnya 16 wanita telah tampil menuduh Trump melakukan salah laku seksual sejak dia mula-mula melancarkan kempen untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat, menurut penganjur sidang akhbar semalam.

Holvey adalah peserta dalam pertandingan ratu cantik ‘Miss USA’ apabila beliau mengatakan Trump memasuki kawasan belakang semasa keeadaan wanita sedang bersiap untuk memakai baju.

Katanya kepada CNN pada bulan Oktober 2016, Trump secara peribadi memeriksa setiap peserta secara individu dan beliau melangkah di hadapan setiap gadis dan melihat tubuh mereka dari kepala ke kaki.
Manakala Crooks bekerja sebagai penyambut tetamu di Menara Trump apabila dia mengatakan bahawa Trump secara paksa mencium mulutnya.

“Saya rasa tiada apa yang saya boleh lakukan,” kata Crooks pada Isnin mengenai kejadian itu.

Leeds, sementara itu berkata, beliau duduk di sebelah Trump di atas kapal terbang pada tahun 1970 apabila dia secara paksa telah diraba oleh Trump hingga mencecah sehingga ke ‘skirt’nya.

Bagaimana Leeds berkata dia berjaya melarikan dari Trump dan kemudian berpindah ke bahagian belakang pesawat, di mana dia menunggu untuk semua penumpang lain untuk turun, sebelum dia boleh bergerak.

“Itu adalah kali terakhir saya memakai ‘skirt’,” kata Leeds pada sidang akhbar itu.

Beliau berkata kemenangan presiden Trump November lalu benar-benar memusnahkan hidup beliau.