

Menurut Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad, kenyataan Wan Ahmad menunjukkan, mata beliau celik hanya melihat kempen pembangkang, tetapi matanya buta ketika melihat kempen BN.
“Datuk Wan Ahmad istiqamah menjadi pegawai yang tidak menunjukkan sikap profesional beliau dalam mengendalikan pilihanraya.
“Apakah beliau tidak melihat bagaimana pihak BN menggunakan segala kemudahan kerajaan terutama media untuk menyerang bertubi-tubi terhadap PR daripada penamaan calon sampai pada hari pembuangan undi?,”soal Ustaz Idris
Tanya Ustaz Idris lagi, apakah beliau buta maklumat bagaimana media yang dikuasai oleh BN melemparkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat?
Beliau menambah, BN turut memutar belitkan dan melaga-lagakan kenyataan dalam media perdana, namun Wan Ahmad tetap membisu seribu bahasa.
“PAS tidak pernah dengar kenyataan yang keluar daripada beliau menegur pihak BN yang banyak melanggar tatasusila pilihanraya,”tegsnya dalamsatu kenyataan media yang diedarkan semalam.
Menurut Ustaz Idris lagi, Wan Ahmad hanya bersuara ketika parti anutan beliau dibelasah oleh PR. Orang seperti Wan Ahmad inilah yang paling takut menghadapi pilihanraya kerana bimbang talian hayat beliau akan tamat jika BN kecundang.


























