Oleh itu, dalam konteks negara kita, kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Malaysia Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali, kerajaan Malaysia mestilah lebih prihatin terhadap nasib bekas-bekas tentera dan polis.
“kita minta kerajaan Malaysa lebih prihatin kepada (bekas-bekas) tentera (dan polis) dan InsyaAllah Pakatan Rakyat memberi jaminan (kepada) angkatan tentera, wakil-wakil mereka dan orang yang pencen (bersara),
“InsyaAllah akan diberikan tempat yang terbaik dan hak yang terbaik, hak yang adil (iaitu) memberikan hak kepada orang yang berhak,”ujarnya.
Beliau berkata pihak yang berkuasa pada hari ini mengambil sikap seperti yang diarahkan oleh Allah dalam al-Quran, menunaikan amanah kepada orang-orang yang berhak.
Beliau berkata demikian kepada pihak media ketika mengunjungi bekas tentera yang dinafikan hak mendapat bantuan, Hassan bin Abdullah (Pak Hassan) di Kampung Seberang Takir, dekat sini pada Rabu 6 Februari. [Lihat Video]
Beliau menyifatkan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) menafikan hak Pak Hassan untuk mendapat bantuan kewangan dan hak untuk mendapat tanah dan rumah sebagai menzalimi bekas tentera itu.
Dr. Khairuddin mencadangkan, bekas-bekas tentera yang tidak mendapat keadilan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan.
“saya rasa (kes ini) perlu diperpanjangkan lagi, sampai ke peringkat (sekiranya terus dinafikan) mengambil tindakan ke mahkamah kerana ini satu bentuk ketidkadilan dari udut hak Pak Hassan,
“kalau kita lihat dari sudut rekod kerja yang diberikan (ditunjukkan) tadi, ia memberikan kesan (kepada Pak Hassan),”jelasnya.
Beliau menyeru supaya bekas-bekas tentera bersuara, bagi mengelakkan mereka dizalimi tanpa sedar dan menyeru pihak media supaya melaporkan kejadian apabila terdapat bekas-bekas pejuang yang dizalimi.
Menurutnya, tindakan zalim itu adalah kerana kerajaan yang memerintah tidak amanah menyebabkan bekas-bekas anggota tentera tidak terbela.
“kalau dalam masa selama 31 tahun (Pak Hassan) tidak ada rumah, tidak ada tanah, sedangkan ada pemimpin-pemimpin (kerajaan Terengganu) yang hebat (dan) kaya mendapat tanah…….itu ketidakadilan namanya!
“kita maklum (dalam) negeri Terengganu ini ramai wakil-wakil rakyat yang mendapat tanah (kerajaan) walaupun sudah kaya,”katanya lagi.
Dalam pada itu, kata beliau, ada rakyat yang berhak untuk mendapat tanah tetapi dinafikan hak mereka dan mereka ‘digula-gulakan’ dengan janji-janji dan pemberian bantuan yang hanya ‘picisan’ sahaja.





























