Apakah ” Bailout” kedua menyelamatkan Encorp melibatkan Koperasi Permodalan Felda (KPF) wajar diteruskan. Cadangan pembelian ini sangat mengejutkan. Ini kerana Felda Globel Vanture ( FGV) sebelum ini digunakan untuk menyelamatkan Syarikat milik bekas seorang Menteri.
Kini KPF pula diheret menyelesaikan masalah kewangan Encorp ini. Cadangan ini dilihat satu lagi penyalahgunaan dana koperasi terbesar orang melayu ini. Ketika pendapatan FGV dilaporkan menyusut teruk bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, untung sebelum cukai jatuh kepada RM359.93 juta berbanding RM957.64 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Jika transaksi ini berlaku, dipercayai nilainya mencecah hampir RM30 Juta, berbanding harga semasa FGV mengambil alih menara ini sekitar RM18.7 juta beberapa tahun lalu.
Perkembangan terbaharu sangat mengejutkan para pelabur dan pemengang saham KPF yang terdiri daripada 80 peratus peneroka Felda.
Apakah pembelian ini sudah melalui beberapa proses dan pertimbangan Ahli Lembaga Pengarah KPF itu sendiri.
Terdapat maklumat dalaman yang mendakwa pembelian ini seoalah dipaksa oleh individu tertentu yang menerajui FGV.
Apakah KPF terdesak membuat pelaburan untuk memiliki menara yang terletak di Kota Damansara ini? Kenapa KPF perlu membeli dengan harga yang ‘ agak tinggi’ ini.
Oleh itu sewajarnya pihak KPF menjelaskan secara terperincil cadangan pembelian ini agar ianya tidak menjadi mangsa menyelamatkan Syarikat lain.
Sebelum ini KPF menguasai Felda Holdings dengaan pemilikan 51 peratus saham dan menjadi Koperasi terbaik di Malaysia sejak beberapa tahun sebelum disingkirkan dari Felda Holding. FGV mengambil alih kedudukan KPF dengan memberli kepentingan 51 peratus saham KPF dalam Felda dengan nilai hanya RM2.2 bilion pada 2012.
KPF terpaksa pula membuat pelaburan dalam FGV dengan jumlah tertentu. FGV juga memiliki hampir 40 ribu ekar ladang sawit di Samarahan untuk mencari sumber baru.
Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas Pusat
17 Mei 2016











