Wabak Denggi : Kesihatan Rakyat Lebih Penting Daripada Projek Mega

3040
U

KUALA NERUS – PAS Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga tersayang akibat dari demam denggi.

Timbalan Pesuruhjaya 1 YB Dr Alias Razak berkata kejadian wabak denggi tahun ini sangat membimbangkan dan sehingga kini telah meragut empat nyawa.

longkang“Kawasan yang terlibat kebanyakannya kawasan pinggir bandar yang sesak atau padat dan persekitaran yang kotor.

“Longgokan sampah sarap dan longkang yang tersumbat beserta dengan musim hujan menyebabkan air bersih bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk terutamanya nyamuk aedes,”ujarnya.

Fenomena ini, kata beliau, biasa berlaku terutamanya dihujung musim tengkujuh yang berlaku pada setiap tahun.

“Selagi keadaan persekitaran yang padat tanpa kemudahan longkang dan penjagaan saliran dan pengaliran yang baik,

“ditambah dengan sikap penduduk yang tidak mengambil berat tentang penjagaan kebersihan persekitaran, kejadian wabak seperti ini akan terus berlaku,”jelas beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal itu menyarankan agar kerajaan negeri menyediakan kemudahan asas yang sempurna disamping melaksanakan aktiviti gotong royong.

IMG-20160112-WA0047“Kerajaan negeri disarankan supaya menyediakan kemudahan asas seperti longkang dan tempat pembuangan sampah yang mencukupi dengan penjagaan yang sempurna bagi mengelakan bencana wabak denggi ini dari terus berlaku.

“Kawasan perkampumgan tradisi yang padat hendaklah dibuat susunatur semula yang sesuai,”tegasnya.

Katanya, keutamaan menjaga kesihatan dan nyawa rakyat hendaklah didahulukan berbanding projek mega yang membazir seperti ‘monsoon cup’ dan masjid kristal serta replika-replika gergasi di Taman Tamadun Islam (TTI).

Tambahnya, ia adalah amat penting untuk mencapai statua negeri maju.

“sepatutnya kerajaan negeri fokus kepada memenuhi kriteria negeri maju termasuklah menyediakan kemudahan kesihatan yang baik dan membasmi penyakit berjangkit

“bukannya pembinaan projek mega yang luar biasa seperti jambatan angkat bernilai ratusan juta sedangkan kebanyakan rakyat hidup dalam kawasan perumahan yang sesak dengan kemudahan asas yang sangat dhoif,”katanya