Velodrom Dungun; Pembinaan Paling Lama Didunia!

1291

Kerajaan Barisan Nasional telah menjanjikan kepada rakyat semenjak 2009 untuk membina velodrom basikal di Dungun, Terengganu. Kerajaan Terengganu telah meluluskan satu kawasan seluas 12 hektar di kampung Balai Besar Dungun untuk pembinaan tersebut.

PAS tidak pernah membantah projek-projek pembangunan untuk kepentingan dan keutamaan rakyat. Tidak dinafikan bahawa pembinaan mini velodrom untuk memenuhi minat anak muda dan bertujuan untuk meningkatkan pembangunan sukan dalam negeri sewajarnya dilakukan. Ia juga untuk mengenangi jasa jaguh berbasikal trek Negara iaitu Mohd Azizulhasni Awang dan Umi Hamimah Mohamad yang mewakili Negara dalam kejohanan berbasikal Piala Asia (ACC).

Rakyat Terengganu mesti menilai 4 perkara dalam janji BN untuk membina velodrom ini.

1- Pembinaannya mengambil tempoh masa yang lama sehingga melebihi 9 tahun.

6 ogos 2010 – Majlis pecah tanah Velodrom Basikal oleh YB Datuk Ahmad Shabery bi Cheek (Menteri Belia dan Sukan)
29 mac 2018 – Majlis Perletakan batu asas oleh YB Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan).
Kerajaan BN mengambil masa 9 tahun bermula pecah tanah sehingga meletakkan batu asas. Mungkin Kerajaan BN terpaksa mengambil masa yang lebih lama untuk menyusun batu bata dan memasang atap dan dinding serta lantainya. Inilah kecekapan Kerajaan BN.

2- Apakah sebab utama kelewatan menyiapkan projek ini ?.

Jangkaan awal kos projek sebanyak RM3.5 juta. Exco Belia dan Sukan Kerajaan Negeri menyebut : “KBS telah bersetuju menerusi Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) daripada peruntukan RM2 juta dinaikkan kepada RM10 juta. Apabila melibatkan peruntukan tambahan, kita terpaksa memohon semula kepada pihak MOF (Kementerian Kewangan) untuk disenaraikan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).”
Kerajaan BN mengambil masa begitu lama untuk meluluskan peruntukan tambahan dan menentukan anggaran sebenar pembelanjaan projek ini. Pengarah MSN Negeri , Zainal Abidin Hussin – kos pembinaan sebanyak RM 36 juta merangkumi kemudahan velodrom tertutup asrama serta kemudahan-kemudahan sukan lain.
Ia membuatkan DS Ahmad said menemplek dengan tidak bersetuju pembinaan ini untuk penganjuran temasya sukan berprestij dan bartaraf dunia : “Orang suruh reka dengan kos RM 3.5 juta, kenapa buat RM 36 juta. “- (teganuku.m – Thursday may 5, 2011). Adakah kelewatan ini juga berpunca daripada konflik dalam pentadbiran Kerajaan ?
Inilah kecekapan Kerajaan BN.

3- Bagaimana kedudukan velodrom ini di masa depan ?
Saya bimbang velodrom ini di masa depan. Velodrom pertama Malaysia siap dibaikpulih di Ipoh, Perak. Kerajaan BN baru menyiapkan Velodrom Nasional Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan dengan kos hampir RM80 juta dan siap 2017. Lanjutan daripada itu, Velodrom Kuala Lumpur di Cheras bakal dirobohkan setelah digunakan 30 tahun, walaupun ia telah dibaikpulih pada tahun 2015 untuk Grand Prix (GP) Trek Asia Tenggara 2015. Jika pembinaan velodrom menjadi keutamaan, kenapa velodrom di Ceras bakal dirobohkan ?
Kelihatan jelas janji pembinaan velodrom di Dungun hanya janji manis untuk menghadapi pilihanraya. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa velodrom tertutup kelas satu hanya akan dibina di Nilai, Negeri Sembilan seperti mana yang telah ditetapkan dalam Belanjawan 2013 yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130906/su_02/Velodrom-hanya-di-Nilai—Khairy#ixzz5BLuzUbCV 
© Utusan Melayu (M) Bhd .

4- Projek ini di bawah Kementeriaan Belia dan Sukan tetapi persoalannya, kenapa urusan pembersihan tanah untuk pembinaannya digunakan daripada wang Kerajaan Negeri sebanyak RM1.5 juta ? 29 mac 2018, Menteri Belia dan Sukan (YB Khairy Jamaluddin) menyatakan kos pembinaannya sebanyak RM12 juta.

Janji terus janji. Bila siap ? Adakah rakyat rasa molek doh dengan janji dicapati begini rupa ? Nok lok lagi ke ? Cukuplah…

YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu.
14 rejab 1439H / 1 April 2018
AHAD