Variasi Dakwah, Padat dan Alam Ciptaan Allah

3047

Oleh : NM

DUNGUN – Ketenangan dan kedamaian alam ciptaan Yang Maha Esa antara elemen yang diketengahkan dalam Kembara Tarbawi (Kembara) oleh ahli Kelab Peminat Pacuan Empat Roda Dungun Terengganu (PADAT).

Hulu Sungai Kelemin menjadi destinasi kembara kali ini kerana kesegaran alam beraroma, yang masih terpelihara dan sukar ditemui di tempat lain.

Kembara PADAT 2014cBab ‘Fil Bina’, petikan dari kitab ‘Manhaj Daurah Tadribiyyah’ karangan Pesuruhjaya Pas Terenggganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, menjadi teks pilihan yang dibentangkan oleh Ketua Ekspedisi Ustaz Azman Shapawi Abd Rani.

Ustaz Azman adalah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang yang kini mengetuai Lujnah Dakwah, Kesenian dan Kebudayaan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT).

Seorang ahli Kembara, Wan Adib Wan Zain, menyifatkan program tahunan tersebut kali ini merupakan variasi dakwah dalam berjemaah dan berukhuwah yang tidak mudah dilupakan.

“Pengisian rohani dan jasmani kepada peserta Kembara Tarbawi Sungai Kelemin kali ini merupakan variasi dakwah yang sangat menarik,

“dengan tarbiyah, kesabaran serta kemahiran kecekapan mengendali kenderaan ‘4×4’ di hutan rimba serta semangat kerjasama yang tinggi dapat merapatkan ukhwah di kalangan peserta,”ujarnya.

Kembara PADAT 2014bBeliau yang juga Ketua Unit Khas Lajnah Tarbiyyah BPPNT mengakui ‘terpukau’ dengan alam ciptaan Allah yang indah dan damai, menjadi nikmat ‘mata dan naluri’ kepada semua 88 orang peserta yang menyertai Kembara tersebut.

Sehubungan itu, Pengarah Kembara Yusri Abdul Rani, bersedia untuk menyingkap dan meneroka rahsia kebesaran Allah dengan menganjurkan aktiviti seumpamanya pada masa depan.

“PADAT bersedia meneruskan lagi kembara ini, meneroka alam dan menginsafi kebesaran Allah SWT sambil mengislah diri,

“pada masa akan datang PADAT mungkin akan menjadikanya sebagai acara wajib kepada setiap ahli,” ujarnya.
Kembara bermula dengan konvoi yang bergerak dari bandar Dungun pada pagi Jumaat 7 Februari, dengan 33 Buah kenderaan pancuan empat roda menyusuri jalan ke Hulu Dungun.

Dalam perjalanan, konvoi Kembara Tarbawi PADAT berhenti di Kampung Jongok Batu untuk menepati janji kepada Allah, menunaikan Solat Jumaat.

Kembara PADAT 2014dCabaran bermula apabila konvoi mula memasuki jalan berbatu dan berbukit sejauh 20 km dengan merentasi beberapa anak sungai yang jernih.

Sembilan puluh minit perjalanan Kembara kali ini tanpa halangan cuaca kerana tengkujuh sudah berlau hamper sebulan lalu.

Matahari terik dan jalan yang berdebu, sesekali menyebabkan beberapa peserta agak cemas apabila kenderaan tersangkut semasa menyeberang sungai yang berbatu.

Ustaz Azman Shapawi dalam ‘pembentangan’ beliau kepada peserta seusai solat Magrib menekankan ‘pembinaan diri’ individu muslim dalam proses penting, satu perjalanan seorang da’ie.

Menurutnya, tidak ada cita-cita lain bagi seorang pendakwah itu, kecuali wajib baginya menegakkan cita-cita menegakkan Islam yang menjadi objektif PAS.

Dalam kesunyian rimba lewat malam hari, kuliah seumpama itu amat berkesan mendidik ‘jiwa’, tanpa gangguan ‘hiruk pikuk’ duniawi, para peserta ‘fokus’ terhadap isi kandungan yang disampaikan Ustaz Azman.

Kembara PADAT 2014eAcara BBQ suatu kegembiraan yang menjadi kelaziman kepada acara riadah seperti Kembara itu, menjadi kemuncak acara pada Jumaat malam.

Ia disambung pada dinihari seketika selepas itu, dengan acara ‘Qiam’ dan kuliah subuh, padat memenuhi dada dan akal para peserta.
Menghargai ciptaan Allah adalah suatu ibadah, justeru sebelum meninggalkan ‘flora dan fauna’ Sungai Kelemin, para peserta seperti faham tugasan mereka.

Sesungguhnya Allah telah berfirman; “telah zahir kerosakan di daratan dan lautan, kerana tangan-tangan manusia itu sendiri,”.

Tapak perkhemahan kami tinggalkan tanpa ‘makar’ dari sampah sarap, dan alam ciptaan Allah akan kekal, sesuai dengan penciptanya yang gemarkan ‘bersih dan indah’.
Kami bertolak pulang dari Hulu Dungun, dengan seribu keinsafan, sebelum sang mentari condong ke sebelah barat pada Sabtu 8 Februari.