Oleh : Fidee Aziz
KUALA TERENGGANU – Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mengekalkan jawatannya Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kuala Terengganu apabila beliau menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Terengganu kali ke-44.
Mesyuarat itu juga menyaksikan Timbalan dan Naib YDP iaitu Ustaz Hamzah Ngah dan Haji Ahmad Amzad Hashim kembali ke tampuk kuasa masing-masing.
Seramai 400 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh kawasan Kuala Terengganu hadir memenuhi Dewan Markaz Tarbiyyah Kuala Ibai, Batu Buruk pada Sabtu 2 Mac.
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad ketika bnerucap merasmikan mesyuarat itu, membawa mesej ‘Islam Memimpin’ selepas PAS memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada Mei tahun lalu.
Berikut adalah keputusan penuh pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Kuala Terengganu sesi 2019-2021:
Yang Dipertua :
YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
Timbalan Yang Dipertua :
Ustaz Hamzah Ngah
Naib Yang Dipertua :
YB Hj Ahmad Amzad Hashim
Ketua Urusan Ulama :
Ustaz Halias Abu Bakar
Ketua Dewan Pemuda :
Ustaz Mohd Nasir Abd Razak
Ketua Dewan Muslimat :
Hajah Shamsiah Abu Bakar
Ahli Jawatakuasa;
1. Ustaz Ahmad Kamal Ali
2. Ustaz Mohd Soud Said
3. YB Ustaz Ahmad Shah Mohamad
4. YB Haajh Zuraida Md Noor
5. Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas
6. Ustaz Ahmad Syarifuddin Ibrahim
7. Ustaz Abu Bakar Salleh
8. Ustaz Azmi Mohd Yasin
9. Khairuddin Mohamad
10. Hajah Zaiton Abas
11. Hajah Rahimah Muda
12. Hajah Azizah Mahmood
13. Mohd Azrin Mohd Aris
14. Nordin Ali
15. Norfaizan Nordin
16. Ustaz Zaidi Ngah











