OLeh : Che Ana
KUALA NERUS – Ketua Penerangan dan Hubungan Media Muslimat Malaysia Ustazah Hasrina Wan Hassan berkata, kehadiran para pejuang Islam dama ssesuatu majlis bukan semata-mata satu tuntutan dalam parti tetapi kehadiran kita ini untuk memenuhi tuntutan dari Allah SWT.
“tuntutan dari Allah SWT untuk kita melaksanakan perjuangan , bergerak di dalam satu tanzim yang tersusun , duduk berbincang untuk bermuhasabah menilai apa yang kita sedang dan akan lakukan dalam kemenangan perjuangan kita ini,”ujarnya.
Beliau menegaskan, meneruskan perjuangan mesti diteruskan dengan jiwa yang diisi dengan tarbiyah untuk memastikan fikrah benar-benar mantap hingga ke akhir hayat.


Beliau berkta demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan kali ke 35 Muslimat Kuala Nerus di Kompleks Tarbiyah At Taqwa, Batu 6, dekat sini pada Sabtu, 9 April.
Kita sebagai hamba Allah wajib tunduk patuh beribadat pada perintah Allah beramal soleh kerana Allah semata-mata, bukan kerana manusia atau kawan.
Sehubungan itu, Timbalan Ketua Muslimat Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus (DMPKKN) Tuan Roslina Tuan Sulaiman menegaskan, tiada siapa yang beriman boleh melepaskan diri daripada tuntutan perjuangan Islam.
Katanya berjihad menyebar Islam dan memperjuangkan agama Allah dengan adalah jihad sebenar.
“Tiada siapa yang beriman boleh melepaskan diri daripada tuntutan perjuangan ini terutama dalam keadaan agama Islam dipandang remeh oleh pencinta pencinta dunia dan orang kafir,”katanya.
“Saya mengharapkan muslimat di Kuala Nerus menitipkan semangat juang yang tinggi memantapkan diri melalui program tarbiyah dan usrah bagi meneruskan perjuangan ini.
“Semarakkan kemenangan, biar apa pun jua keadaan politik, Allah telah mengaturkan segalanya, dan kini Umno bergolak sesama sendiri menjatuhkan satu sama lain,
“biar mereka bergolak…………kita tak payah kisah rumahtangga orang, yang penting kita terus jalankan kerja kita supaya dapat mengekalkan kemenangan,”ujar beliau lagi .
Menurutnya, Muslimat juga mestilah sentiasa taqwa, berdoa, bertawakal agar segala gerak kerja yang kita laksanakan ini dapat pertolongan dari Allah .
Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada perwakilan Muslimat yang terus istiqomah tanpa jemu.


























