

Timbalan Presidennya, Saiful Bakhri Shufaat berkata cadangan untuk penyelarasan itu akan dibuat kepada pengurusan Pos Malaysia agar kakitangan bukan eksekutif dapat menikmati skim gaji maksimum yang lebih tinggi.
“Pelarasan itu perlu bagi memberi kakitangan bukan eksekutif faedah yang lebih baik setelah kenaikan gaji kakitangan Pos Malaysia dibuat pada Disember tahun 2009,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Bagaimanapun, katanya, pelarasan gaji maksimum itu tidak dibuat selaras dengan kenaikan gaji.
Katanya cadangan pelarasan itu dibuat kerana pihaknya bersama pihak pengurusan akan berbincang berhubung penstrukturan semula gaji kakitangan pada hujung tahun ini – Bernama




























