Unit Menyamar Tentera Israel Serbu Hospital, Tangkap Pesakit dan Bunuh Sepupunya

1791

Sebuah unit menyamar Tentera Israel telah membunuh seorang lelaki Palestin berusia 28 tahun ketika menyerbu hospital al-Ahli di Tebing Barat yang diduduki Hebron.

Dianggarkan kira-kira 21 pegawai menyamar,dikenali sebagai Mustaarabin, menembak mati Abdullah al-Shalaldeh sebelum subuh pada pagi Khamis ketika melakukan serbuan ke bilik hospital sepupu mangsa, Azzam.

Menurut kenyataan oleh pihak berkuasa Palestin Kementerian Kesihatan, komando Israel telah datang untuk menyoal siasat Azzam, yang sedang menunggu pembedahan di unit pembedahan hospital, selepas beliau ditembak oleh seorang penduduk Israel bulan lalu.

Abdullah yang berada bersama sepupunya ditembak mati dan Azzam, yang telah dituduh menikam seorang lelaki Israel, kemudiannya ditangkap.

isarel storm hospital1Pengarah hospital Dr Jihad Shawar memberitahu Al Jazeera unit tentera Israel memasuki kemudahan itu pada kira-kira 03:00 waktu tempatan.

Detik-detik pencerobohan dan serbuan itu telah dirakam pada kamera CCTV dan disiarkan dalam talian.

Ejen-ejen yang menyamar telah menyelinap diantara penduduk Palestin tempatan, termasuk seorang yang menyamar sebagai seorang wanita hamil.

“Mereka terus menuju ke arah wad pembedahan, di mana Azzam al-Shalaldeh sedang dirawat,” kata Dr Shawar.

Apabila sepupu Azzam Abdullah keluar dari bilik air, dia ditembak beberapa kali di kepala dan badan.

“Mereka menjadikan kakitangan perubatan hospital sebagai tebusan pada ketika tembak menembak. Mereka menangkap pesakit(Azzam) dan membawanya pergi, meninggalkan sepupunya [yang] berdarah sehingga mati,” tambah Shawar.