Umno/BN gagal memilih calon yang baik

702

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/01/ceramahmahfuz%20004b.jpgLABIS – Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfudz Omar berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) gagal memilih calon yang baik dan berintegriti sejak beberapa pilihanraya kecil yang lalu

Bermula pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Mahfudz berkata calon Umno/BN ketika itu, Rohaizat Othman didapati melakukan salah laku pecah amanah wang milik koperasi pekebun kecil getah.

Selepas itu menurut Mahfudz, pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Umno/BN telah menurunkan calon Tan Sri Isa Samad yang jelas terlibat dalam skandal rasiah ‘politik wang’ ketika pemilihan Umno.

Kini di pilihanray kecil DUN Tenang, Umno/BN memilih calon yang telah didapati bersalah oleh mahkamah berlaku cuai dalam melaksanakan tugas dan tidak layak diangkat menjadi pemimpin.

“Umno memilih calon yang tidak berintegriti, Mohd Azahar (calon BN) telah didapati bersalah oleh mahkamah, betul… kesalahan itu bukan satu jenayah yang berat,

“tetapi bagi seorang yang hendak diangkat menjadi pemimpin, dia tidak boileh dilihat sebagai seorang yang melakukan salah guna kuasa,” katanya dalam ceramah kempen PRK Tenang di Dataran Cikgu Mala disini, Rabu 26 Januari.

http://www.youtube.com/watch?v=3R0C4RMSCHQ