Disebalik semua tuduhan itu, menurut Setiauaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution, bukti didepan mata menunjukkan segala dakwaan Umno itu adalah bohong semata-mata.
“bukti depan mata terang-terangan menolak pembohongan ini, di Kelantan sudah 20 tahun Umno kalah (tetapi) sultan masih bersemayam, agama Islam terus tertegak dan berjalan,
“bahasa rasmi negeri Kelantan bahasa Melayu, orang Melayu hidup macam biasa,”ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Sambutan 100 tahun Itqan al-Muluk bi Ta’dil as-Suluk di Kuala Berang, Jumaat, 6 Januari.
http://www.youtube.com/watch?v=SYpzU0y8nNc
Bahkan menurutnya setelah 3 tahun Pakatan Rakyat menang di Kedah dan Selangor, tidak satu pun dakwaan Umno benar.
Malah, apabila Umno hilang kuasa politik di Selangor, beliau berkata, Pakatan Rakyat telah menaikkan elaun guru-guru agama daripada RM600 elaun sebulan kepada RM1200.
“zaman Umno (di Selangor) dibawah Khir Toyo, Umno yang (kononya berjuang) bangsa, agama dan Negara, elaun guru-guru agama sebulan RM600,
“zaman Umno hilang kuasa politik, kerajaan Pakatan Rakyat telah menaikkan elaun kepada RM1200 sebulan,”tegasnya.
Sebenarnya, menurut Ahli Parlimen Macang itu, Melayu terus kuat dan tidak terpinggir apabila Umno kalah.







