Umno Terdesak, Guna Sekolah Untuk Kempen Politik

3650

SETIU – UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional di negeri ini dilihat semakin terdesak untuk menghadapi gelombang perubahan rakyat yang semakin meningkat menjelang pilihan raya umum ke-14.

Ahli Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman masih mengekalkan tradisi lama UMNO menyalahgunakan program kerajaan, mula berkempen secara ‘tanpa segan silu’ terangan di di sebuah premis kerajaan.

“jangan tersilap pilih,….fikir baik-baik,….inilah kerajan, Kerajaan BN yang di tunjangi oleh UMNO.,

“Saya cakap ni sebab saya nak Pulau Redang ‘terik’ ni menang besar,” kata Bazlan ketika berucap program Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia 2017 di Pulau Redang pada Ahad 19 Februari.

Bekas Cikgu itu, berkempen dengan nada ungutan kepada mereka yang hadir agar terus memberi kepercayaan kepada UMNO dan BN untuk terus memerintah.

Antaranya, beliau mengungkit, kisah pemerintahan diktator bekas Presiden Saddam Husin, yang kononnya, dikehendakkan kembali oleh rakyat Iraq setelah beliau dihukum.

Beliau turut membawa contoh yang tidak munasabah, mengambil Aung San Suu Kyi di Myanmar yang didakwanya, berjanji macam-macam kepada rakyat.

“jadi……….oleh sebab itu kita pakat-pakatlah, syukur dan terima kasih,jangan tersilap pilih.” katanya merujuk kepada penduduk Pulau Redang agar menolak PAS dan terus mengundi UMNO.

Malangnya, gesaan beliau tidak mendapat sambutan, sehingga beliau meminta orang ramai bertepuk tangan.

Namun sebahagian kecil sahaja daripada hadirin yang menyahut gesaan beliau.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda DUN Batu Rakit Ustaz Shafizi Ismail menyelar tindakan Bazlan dan UMNO/BN yang menyalahgunakan instirusi pendidikan imtuk politik kepartian.

“tindakan ADUN Batu Rakit yang berkempen ketika program di Pulau Redang ini adalah tindakan orang yang penakut,”tegasnya

Shafizi bahkan bersedia untuk berhujah di pentas terbuka, bersemuka dengan Bazlan bagi menegakkan kebenaran dan menolak dakwaan serta hasutannya.

“saya sedia bersemuka dengan Cikgu Bazlan bagi membuktikan hujah, pemerintahan dan pembangunan manakah yang lebih baik di Batu Rakit,

“kerajaan PAS atau Umno yang merampas dari PAS pada tahun 2004,”cabar Shafizi.