Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, Banggol Pradong menjadi terkenal seluruh Malaysia apabila Umno dan Barisan Nasional (BN) memainkan isu ‘Amanat’ itu pada setiap kali, waktu hampir tarikh pilihanraya umum.
Namun sebaliknya, beliau berkata, tindakan ‘umpama menjolok sarang tebuan’ baru-baru ini, menyebabkan fitnah Umno-BN itu itu telah ‘memakan’ diri mereka sendiri.
“apabila Tuan Guru Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (meminta) untuk (di) beri satu jam sahaja, menggunakan media massa yang digunakan hari-hari untuk menghetam PAS khususnya…….satu jam (sahaja),
“mu pakai TV sejak tahun 1957, berapa puluh tahun dah…..lebih separuh abad mu pakai TV…..kita minta sejam sahaja…..tak berani nak beri juga, sedangkan ada 23 jam lagi……. untuk mu jawab,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah Perdana 1, PGU7.0 di Kampung Banggol Pradong pada Jumaat malam 15 Februari.
Menurutnya, tindakan menolak permintaan Presiden PAS itu menunjukkan bahawa, Umno-BN telah melakukan suatu kesalahan dan mereka takut kebenaran akan terdedah dan seluruh rakyat mengetahuinya.
Katanya, ia seperti perumpamaan Melayu ‘berani kerana benar dan takut kerana salah’.



























