Umno Sudah Tutup Buku Akaun?

1103
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/Gotong%20royong%20wat%20rumah%20kecil%20utk%20mangsa%20penyakit%20kronik%20kuala%20kemaman1.jpg

Suaminya, Mat Akil, ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada PAS Dun Chukai kerana membantu beliau mendirikan sebuah rumah kecil untuk tujuan rawatan penyakit isterinya.

“Doktor minta (di) sediakan sebuah bilik yang bersih untuk isteri saya yang sakit kencing manis, tapi saya tak mampu, saya tak tahu tahu apa nak buat……… kawan saya bawa saya (ber)jumpa dengan Ketua Pemuda PAS Chukai untuk pohon pertolongan,

“AlhamduliLlah, saya ucapkan terima kasih kepada PAS yang memberikan bantuan dan bergotong royong buat rumah untuk isteri saya,”ujarnya.

Beliau yang bekerja mengambil upah membawa lori mendakwa, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berkenaan tidak peduli kepada rayuannya.

Katanya, sudah berkali-kali beliau menemui JKKK bagi memohon bantuan, namun pada setiap kali JKKK akan memberi jawaban ‘tidak ada peruntukan’.

Sehubungan itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, Haji Hanafiah berkata, Umno sudah tutup ‘buku akaun’ dan tidak lagi boleh diharapkan untuk membantu rakyat.

“Dah tutup akaun dah gamaknya (mungkin), tak dok pitih (tak ada wang) dah tak boleh nak bantu rakyat…………. ini bukan kali pertama, sudah berkali-kali jawapan yang kita dengar JKKK kata tidak ada peruntukan……..tak ada duit,

“tapi pemimpin Umno terus hidup mewah, terus berhibur…….. sanggup bawa artis dari luar negeri dan belanja RM6 juta……pada masa yang sama, rakyat nak minta bantuan kecil pun tak ada duit,”kata Hanafiah yang turut bersama-sama turun padang.

Menurut Hanafiah, MTD Chukai mengeluarkan perbelanjaan sebanya RM7000 bagi membina sebuah rumah kecil bersaiz 16×14 dengan kemudahan tandas dan bilik air.

Katanya, keadaan dalam rumah Puan Mahani tidak mempunyai ruang untuk ditambah sebuah bilik menyebabkan pihaknya terpaksa mendirikan sebuah binaan berasingan.