Umno Peralat ‘Bantuan Awal Persekolahan’ Untuk Kempen Politik Pilihanraya

987
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/Dr%20Azman%20Kerandang%20190113.jpg

“Pembangkang boleh wi gapo? Setakat modal air liur, dok laku. Kita jangan jadi bodoh, kekoh tangan orang hok suap makanan ko kito. Nikmat yang tuan-tuan rasa hari ni adalah kerana jasa Umno. Saya merayu tuan-tuan terus sokong umno dalam pilihanraya umum akan datang.”

Itulah antara kata-kata yang dipetik dalam ucapan wakil rakyat Umno Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Ramlan Ali.

Menurut Ahli Jawtaankuasa Perhubungan PAS Terengganu, Dr. Azman Ibrahim, tarikh pengagihan bantuan berjumlah RM100 bergantung kepada kelapangan wakil rakyat.

“dengan makna lain, mesti tok wakil (wakil rakyat) tukang bagi! Ibu bapa dipaksa dengar ucapan hampir 2 jam. Isinya… Ya allah…! kesian orang-orang kampong dipaksa menerima penghinaan sebegitu rupa hanya kerana RM100,”ujarnya

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam program Motivasi Pemuda bersam Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia di Kampung Kerandang, Jabi, di sini pada Sabtu 19 Januari. [Lihat Video]

Beliau kesal dengan dakwaan kerana katanya peruntukan kerajaan melalui Kementerian Pelajaran dan bukan duit Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sepatutnya, kata Dr. Azman, cukuplah guru-guru sekolah berkenaan mengagihkan terus kepada para pelajar kerana ia dapat menjimatkan masa, tenaga serta wang ringgit dalam menguruskan majlis terbabit.

Beliau melahirkan rasa simpati kepada ibu bapa yang sangat mengharapkan sedikit sebanyak bantuan itu untuk meringankan musim ‘kembali ke sekolah’, apatah lagi, sekolah buka pada masa musim tengkujuh.

“Musim ni (tengkujuh) kalau getah RM10 sekilo pun tak dok makna (kerana tidak boleh menorah, seorang guru sekolah di Jabi meluahkan rasa meluatnya……..(katanya) Dah lah beleber sampai dekat 2 jam,

“bilangan pelajar lebih kurang 800 orang, dia nak bagi sorang-sorang. Dekat nak pengsan orang tunggu…….di Sekolah Renek, kita dapat maklumat ada ibu bapa yang lari balik,”ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan PAS DUN mennyifatkan tindakan mengambil kesempatan oleh wakil-wakil rakyat Umno untuk berkempen dalam majlis tersebut adalah menganiyai rakyat.

Selain itu, katanya,  kempen ‘ungkit balik’ apa-apa yang diberikan sebagai khidmat oleh kerajaan  kepada rakyat seperti tindkan seorang ‘ayah bangkit balik’ apa yang diberi makan kepada anak sendiri.

“Ni isu lapuk tahun 70 an, 80 an…… memang tanggungjawab  kerajaan untuk buat pembangunan, bagi kemudahan kepada rakyat, tolong rakyat, bantu rakyat.

“Tak ada pelik apa… rakyat pun bayar macam-macam. Income tax, road tax, saman hok tak dok ekor, saman hok ada ekor, saman AES, caj hospital… macam-macam lagi!,”katanya.