Terengganu, Malaysia

Umno Boleh Bantu Kuatkan Kedudukan PAS

Umno Boleh Bantu Kuatkan Kedudukan PAS

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Umno boleh beri bantuan dari sudut nasihat ataupun apa sahaja cadangan untuk menguatkan lagi kedudukan PAS ataupun pentadbiran Islam dalam negeri Terengganu.

Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dengan itu boleh memberi perimbangan ataupun ‘check and balance’ kerajaan negeri.

“Di Terengganu saya rasa tak timbul (sebarang masalah) kerana kita (PAS) yang memerintah dan Umno di Terengganu adalah pembangkang,

“Jadi Umno boleh beri sokongan pada kita (PAS) dengan apa cara yang mereka rasakan boleh untuk kita kata memberi peluang seluas-luasnya kepada PAS untuk menguruskan negeri ini,

“Umno boleh sahaja beri sokongan sebab kerajaan di Terengganu memang letakkan Islam sebagai dasar seperti mana ada dalam perlembagan parti kita,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di Wisma Darul Iman pada Selasa,18 September.

Katanya, dalam Muktamar PAS yang lepas Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjelaskan apa yang berlaku atas dasar taawun politik PAS dengan Umno.

Tambahnya, matlamat dan juga objektif yang paling besar adalah meletakkan islam sebagai pemimpin ataupun memimpin.

“Politik PAS pusat akan buat samada seperti yang kita tengok dan pernah berlaku sebelum daripada ini kerjasama adalah bergantung kepada kes serta tidak semua negeri begitu,

“Ada negeri ini begini… negeri itu begitu.. ada perbezaan dan itu akan diputuskan pihak Lajnah Politik PAS pusat,

“(dan)sebab ini berkaitan dengan dasar.. mana-mana dasar yang memutuskan adalah politik PAS pusat,” katanya.

Justeru beliau menambah, sesiapa sahaja yang boleh memberikan bantuan ataupun kerjasama merealisasikan perkara itu maka PAS bersedia untuk bekerjasama.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan