Umno-BN ‘Remehkan’ Isu Keselamatan LPT2

1426

KEMAMAN – PAS menyifatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak serius untuk menyelesaikan isu keselamatan para pengguna Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dan meremehkan wakil rakyat yang mengemukakan isu tersebut dalam Sidang DUN sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, beliau mengemukakan isu tersebut dalam ucapannya pada sidang DUN Mei lalu, tetapi wakil-wakil Umno tidak mengambil cakna malah mempermain-mainkannya.

TR02_240515_KEMALANGAN-Rea“Pada Sidang Dewan Undangan Negeri bulan Mei, saya telah membuat ucapan didalam dewan mengenai tahap keselamatan di LPT2,

“antaranya (masalah) jalan yang beralun-alun yang boleh menyebabkan berlakunya takungan air diatas jalan, sekaligus membahayakan kenderaan,”ujarnya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu lebuh raya berkenaan yang kini mendapat jolokan ‘lebuh raya maut’ apabila berlakunya 85 kes kematian yang telah direkodkan di sepanjang laluan tersebut melibatkan 1,989 kes kemalangan sejak ia dibuka pada tahun 2011.

Selain keadaan jalan sempurna itu, kata Hanafiah, beliau juga menegaskan soal pagar lebuh raya yang ‘robek’ dan pagar tepi jalan yang masih belum siap, yang menyebabkan binatang ternakan dan binatang liar menceroboh LPT2 itu.

Katanya, rondaan kawalan yang kurang juga menyebabkan para pengguna sering cuai dan tindakan lambat diambil sekiranya berlaku kemalangan.

Hanafiah sidang dunNamun begitu, beliau kesal dengan sikap wakil rakyat Umno yang menganggu ucapan beliau, seolah-olah meremehkan isu keselamatan rakyat yang menggunakan LPT2.

“ucapan saya diganggu oleh wakil Kuala Berang dengan menyindir saya………meminta saya jangan menggunakan lebuh raya tersebut,

“saya kata ‘tidak patut’ seorang Exco kerajaan negeri dan pemimpin kanan Umno menjawab begitu kerana isu keselamatan LPT2 adalah serius,’jelasnya.

Oleh itu, beliau menggesa bukan hanya kerajaan negeri malah kerajaan pusat dan jabatan serta agensi berkaitan mengambil tindakan segera menyelesaikan semua aduan rakyat berkenaan LPT2.

“saya menyarankan supaya pihak krjaan memperbaiki kerosakan dan menambah baik kemudahan yang ada di LPT2,

LPT2 beralun“tidak perlu menunggu keputusan badan bebas yang menilai ketrana LPT2 itu telah ada disitu dan rakyat sudah mengadu tentang masalah yang dihadapi jadi kerajaan kena cakna,”ujarnya lagi.

Dengan usaha yang diambil disamping memohon keberkatan dari Allah, beliau berharap ia akan dapat mengurangkan kemalangan dan memberikan kselesaan dan keselamatan kepada lebih 25,000 orang pengguna yang menjadikan laluan tersebut sebagai laluan harian mereka.

Beliau menambah, kerajaan Terengganu melalui Exco Infrastrukturnya yang juga ADUN Kemasik telah memaklumkan kewangan sebanyak RM21 juta telah diperuntukkan bagi gulung kemasik membaiki beberapa kerosakan.