KUALA LUMPUR – Umat Islam Malaysia menuntut untuk melaksanakan syariat sebagaimana hukum hakam yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Utaz Satiful Bahri Mamat berkata, ia tidak mengganggu urusan agama lain bahkan rakyat Malaysia yang bukam Islam bebas mengamalkan agama masing-masing.


“Secara langsung ia memberi kesempatan umat Islam mengiku rang perlembagaan Islam sebagai agama rasmi,
“Kita tidak menganggu urusan agama lain, agama-agama lain bebas untuk diamalkan,”tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaan dihadapan lebih 10,000 warga Terengganu yang hadir memberikan sokongan kepada pindaan akta 355 di hadapan pusat beli belah Sogo, di sini petang Sabtu 18 Februari.


“Saya merakam ucapan terima kasih kepada warga Terengganu…….dalam perjalanan kita menuju ke Padang Merbok,
“kerana berkongsi untuk hadir memberi sokongan padu kepada pindaan Rang Undang-undang Akta 355 yang dibawa oleh Ali Parlimen Marang yang akan dibentangkan pada bulan Mac akan datang,”jelasnya.
Menurutnya, himpunan itu (H355) yang diadakan mencatat sejarah sebagai perkumpulan terbesar umat Islam di Malaysia, untuk melihat syariat Islam ditegakkan diatas mukabumi negara ini.


Kalau sebaliknya, menurut beliau, rakyat harus menukar kerajaan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang agar syariah dapat dilaksakan seluruhnya di Putrajaya.
“antara yang memainkan peranan adalah pihak kerajaan………kita mahu kerajaan serius membuat pindaan undang-undang (akta 355 ini),
“jika sekiranya gagal utuk diberi kelulusan, in sha Allah kita tahu kita mempunyai agenda (pada PRU akan datang) untuk kita memerintah di Putrajaya untuk melaksana ssecara keseluruhan sariatb Allah,” jelas beliau lagi.




























