Beratus-ratus umat Islam telah mendirikan solat berjemaah di luar Colosseum Rom dalam menyuarakan bantahan mereka terhadap penutupan masjid di Itali.
Kanak-kanak yang turut menghadiri demonstrasi itu memegang sepanduk dengan bertulis, “keamanan”, “cinta” dan “membuka masjid”.
Penganjur menyeru orang ramai untuk melakukan protes aman berikutan penutupan lima buah masjid oleh pihak berkuasa atas alasan pentadbiran.
Ramai di kalangan masyarakat Muslim Itali percaya penutupan tersebut adalah tindak balas keatas serangan yang dilakukan oleh pelampau Islam di Eropah.


“Kami merasakan orang yang menunjuk jari (menuduh kamu) kepada kami,” Francesco Tieri, yang baru memeluk Islam kepada AFP.
“Tidak ada kemahuan politik untuk menyedari bahawa kami di sini adalah masyarakat yang aman.
“Kami terpaksa menyewa premis untuk solat, beribadat……..yang bagi kita adalah seperti menghirup udara jika kami tidak boleh melakukannya, kita akan mati,”tegasnya.
Dengan beberapa tempat-tempat ibadah rasmi yang terhad, ramai yang menunaikan solat di rumah dan pada kira-kira 800 pusat-pusat kebudayaan serta surau di negara itu.
Tetapi parti-parti sayap kanan telah mendakwa ia menjadikan premis-premis tersebut sukar untuk dipantau dan meningkatkan risiko “radikal”.
Menteri Dalam Negeri Angelino Alfano berkata pada bulan Ogos bahawa “masjid mini dalam garaj” perlu diharamkan.
Barbara Saltamartini, dari Liga Utara Anti-Imigran berkata, demonstrasi secara aman adalah pada Jumaat itu adalah “provokasi yang tidak boleh diterima”, yang tidak sepatutnya dibenarkan sama sekali.




























