“Akta 355 Bidangkuasa Jenayah Mahkamah Syariah 1965” perlu dipinda di Parlimen agar sebahagian daripada kesalahan jenayah Islam di Mahkamah Syariah boleh diberikan hak untuk dihukum dengan undang-undang Syariah.
Antaranya ialah kesalahan zina ghair muhson, Qazaf (membuat tuduhan zina) dan minum minuman memabukkan. Menurut Undang-undang Syariah hukuman bagi ketiga-tiga kesalahan tersebut yang sabit dengan al-Quran dan Hadis ialah masing-masing 100, 80 dan 40 kali sebatan syarie.
Ketiga-tiga kesalahan ini telah sedia ada menjadi kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Syariah hari ini menerusi Enakmen-enakmen Negeri. Namun, hukuman yang boleh dijatuhkan sebagaimana yang diperuntukkan bidangkuasanya oleh Akta 355 ialah tidak lebih 3 tahun penjara atau 5 ribu ringgit denda atau 6 kali sebatan atau kesemuanya.
Pindaan Akta 355 seperti yang diusulkan oleh Ahli Parlimen Marang membolehkan ketiga-tiga kesalahan jenayah tersebut dihukum “menurut undang-undang Syariah”.
Dr Khairuddin Aman Razali
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Khamis 27hb Oktober 2016






























