Ucapan YB UstaZ Hilmi Harun, Muktamar Pemuda PAS Malaysia

1485

[Lihat Videop] Yang Dihormati, Timbalam Pengerusi Tetap, Yang Berhormat Ketua Pemuda PAS Pusat, seterusmya kepada saf kepimpinan pusat, negeri-negeri dan kawasan-kawasan seterusnya, Kepada hadirin hadirat yang dihormati Allah sekalian.

Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana kita semua diberi peluang oleh Allah untuk sama-sama menyertai perbincangan tidak lain dan tidak bukan semata-mata tujuan yang sama untuk meninggikan kalimah Allah di atas muka dunia.

Kami Perwakilan kami dari daripada negeri Terengganu mengucapkan syabas kepada sesi kepimpinan, YB Ketua Pemuda PAS pada kali ini tetapi dalam masa yang sama kita juga sedikit berasa kesedihan dan dukacita kerana lepas menang pilihanraya lari terus. Dapat jadi Ahli Parlimen, lari. Lepas ni kita bimbang dia minta kerusi pemuda,lepas tu jadi ketua lari pulak.

Kita ucapkan tahniah kepada beliau dan juga timbalan ketua pemuda dan apa yang dapat kita lihat daripada intipati ucapan YB Ketua Pemuda kita diantara lain menekankan aspek tarbiyah walaupun boleh dikatakan semua perwakilan bercakap tentang perkara yang sama tetapi apa yang dapat kita lihat dan kita teliti daripada ucapan beliau ucap pertama beliau, beliau merasakan apa yang dilakukan oleh barisan dan saf kepimpinan pemuda sekarang ini, masih lagi boleh di optimumkan , boleh lagi dijadikan semaksima mungkin, untuk menjadikan gerak kerja dakwah Islamiah, tarbiyah Islam, berada di posisi yang terbaik.

Oleh kerana kami dewan pemuda PAS negeri Terengganu, mengucapkan banyak-banyak, setinggi-tinggi ucapan syabas kerana dapat menubuhkan kelab-kelab yang berbagai, dan kita mencadangkan memperbanyakkan kelab-kelab seumpama ini dan dibuka keahlian –keahlian kelab tersebuat kepada non-muslim, kepada DHPP dan seumpamanya, untuk meneruskan usaha dakwah dan kalau kita lihat kalau dulu orang mudah untuk datang ke program-program tarbiyah dan seupamanya, tetapi kadang-kadang dengan situasi yang ada sekarang ini, masing-masing lebih selesa dengan program-program yang berkala ini yang boleh dijadikan sebuah medan dakwah Fardiyah, untuk sama-sama kita menjana dan membina hubungan kita sesama Islam, hubungan kita dengan bukan Islam, untuk meneruskan agenda dakwah yang sama-sama kita dokong dalam jemaah PAS yang sama-sama kita dokong ini.
Oleh kerana tahun ini adalah tahun pemilihan dan kita lihat banyak perkara yang seakan-akan mereka yang bertanding, mereka yang diamanahkan menjadi calon seolah-olah kempen untuk diri sendiri dan seumpamanya. Dan kita harapkan budaya ini adalah satu budaya yang sihat, tidak buruk-memburukkan satu sama lain, bahkan semata-mata budaya seperti ini mengajar kita sewaktu suasana demokrasi di dalam jemaah islam yang sama-sama kita sayangi ini. Dan apa yang kami daripada perwakilan Terengganu mengharapakan selepas daripada pemilihan ini kita mengharapkan kesatuan yang telah terjalin dapat dikembalikan semula, yang walaupn dasarnya kita tahu mereka tidak berbalah , bertengkar sesama mereka tetapi atas dasar-dasar yang, suasana yang mereka bawa kadang-kadang adalah berbeza, yang menampakkan mereka seolah-olah berbalah dan bertengkar sesame sendiri yang insyaAllah kita mengharapkan perkara ini tidak akan panjang, dan kita berharap semuanya akan selesai selepas pemilihan ini selesai.

Di dalam memperkatakan semangat kita untuk memenangi pilihanraya yang ke empat belas, atau pilihanraya yang akan datang boleh jadi empat belas tidak diberi lagi kemenangan boleh jadi diberi kemenangan pada pilihanraya yang ke empat belas, ataupun enam belas, kita tak tahu, kalau sebelum ini kita merasakan dan kita melaung-laungkan slogan Putrajaya dan seumpamanya yang merupakan suatu gerakan saraf untuk kita terus bekerja bersungguh-sungguh tetapi apa yang kita harapkan di dalam mendepani golongan muda ini, kita mengharapkan suatu perkara yang pemuda boleh berikan kerjasama dan sama-sama bercita-cita untuk mengakkan kalimah Allah S.W.T dalam system demokrasi ini setiap daripada warganegara yang layak mengundi mereka ada kuasa untuk mereka memilih siapa yang boleh menang, diberikan kemenangan dan diberi kepercayaan oleh kerana itu rata-rata kemungkinan di negeri lain perbezaannya tapi rata-rata di negeri Terengganu kalau saya sebutkan secara khususnya pengundi-pengundi muda lelaki di Terengganu

Alhamdulillah, tetapi masalahnya ialah pengundi-pengundi muda perempuan,ataupun pemudi-pemudi yang boleh jadi kita kata kenapa perwakilan Terengganu boleh kata dalam muktamar yang menjadi masalahsetiap kita mempunyai seorang pemudi , atau ada orang yang gagah boleh jadi dua, boleh jadi tiga, kalau selepas ini masing-masing nak memperkasakan parti pakat kahwin ramai, lebih dari seorang. Boleh jadi sape yang berani. Saya tak berani macam tu, tetapi inilah satu keadaan yang rata-rata, DUN-DUN yang kalah ini kalah dari sudut pemudi yang yang tidak memberi undi kepada perjuangan Islam. Dan memang tak boleh disalahkan kepada mereka, suami pergi berusrah, suami pergi berprogram, isteri mereka ditinggalkan dan dibiarkan melihat Hindustan dan Korea dan seumpamanya. Yang boleh jadi kesedaran ini kurang daripada peringkat muslimat ataupun pemudi-pemudi yang masih jauh dengan perjuangan Islam.

Inilah keadaan dan suasana yang kita mengharapkan pihak pemuda di negeri masing-masing memberikan satu perkara lonjakan untuk sama-sama membantu dan kita mengharapkan dalam suasan percentage ataupun kita kata pengundi muda yang makin lama makin bertambah dan pengundi lama yang maki8n lama makim berkurangan kita mengharapkan kita mengambil peluang ini dengan masa yang diberikan oleh Allah S.W.T supaya kita berusaha dengan bersungguh-sungguh bukan sahaja membantu pemuda tetapi diminta membantu kalau kita kata amiroh, Nisa’ dan seumpamanya membantu mereka dari segi lonjakan dan moral yangkita boleh berikan kepada mereka dari sudut siapa yang kita miliki di rumah. Contoh lah insyaAllah.

Inilah ayat yang memberikan kepada kita dasar perjuangan apabila kita berhadapan dengan musuh kita tak boleh berundur. Musuh kita bukan parti politik, tetapi musuh kita adalah kerajaan Malaysia, parti yang menguasai kerajaan yang sudah tentu banyak cubaan dan dugaan dan janganlah kita lari dan banyaklah kita bermunajat dengan Allah mudah-mudahan kita diberi kejayaan oleh Allah dan berdasarkan kefahaman kita,taat kepada Allah, taat kepada Rasul, taat kepada arahan di dalam Al-Qur’an dan taat kepada arahan di dalam hadis nabi. Jangan kamu berbalah, jangan kau bertengkar menyebabkan hilang kehebatan kamu, kamu akan rugi, kamu akan gagal, dan bersabarlah, bersabar dalam menghadapi suasana , belum diberi kemenangan sehinggalah kita sama-sama bersedia untuk mencapai kemenangan yang diredai oleh Allah S.W.T.

Kemenangan atau kekalahan atau belum diberi kemenangan bergantung kepada kesediaan atau kita masih belum bersedia. Timbalan Pengerusi tetap, terima kasih dan syabas kepada seluruh kepimpinan. Mudah-mudahan kita dimasukkan ke dalam mereka yang mendapat rahmat di sisi Allah.

**** YB UstaZ Hilmi Harun ialah ADUN Manir, Terengganu