\Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Saya memanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana PAS masih dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya sebagai sebuah parti politik Islam dalam pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar semalam.
Dikesempatan ini, saya mewakili seluruh kepimpinan PAS merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh jentera petugas PAS dari seluruh negara yang telah bekerja keras di sepanjang tempoh kempen PRK baru-baru ini. Komitmen sangat tinggi yang ditunjukkan oleh petugas benar-benar menjadikan Ramadhan kali ini sebagai medan tarbiah yang sangat bermakna apatah lagi sebahagian besar petugas baru sahaja pulang dari bertugas di PRN Sarawak yang baru berlalu.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (١٠) تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).(Surah As Soff: 10 & 11)
Saya juga merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerja keras untuk mempastikan PRK kali ini berjalan dengan lancar dan tenang, terutama SPR dan pihak keselamatan.
Akhir sekali saya merakamkan ucapan tahniah kepada semua pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab penting sebagai pengundi dalam PRK kali ini dengan memilih parti pilihan masing. Kepada para pengundi yang telah memilih PAS, saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana terus memberikan kepercayaan kepada PAS.
“BERISTIQOMAH HINGGA KEMENANGAN”
ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS
14 Ramdhan 1437H / 19 Jun 2016M



























