Ucapan Sulung YAB Dr. Ahmad Samsuri Di Wisma Darul Iman

2691

YB Mantan MB Terengganu
YB Mantan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu
Yang Berhormat Pemangku SUK Terengganu
Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri
Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri
YB Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Yang Bahagia dan Dihormati Sahibul Samahah al-Mufti
Yang Bahagia Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri
Yang Amat Arif Ketua Hakim Mahkamah Tingii Syariah Terengganu
YB Ahli Ahli Dewan Undangan Negeri
Yang Bahagia Panglima Markas Briged Ke delapan Infantri Malaysia
Yang Bahagia Ketua Polis Negeri
YB Ahli Dewan Negara
YB Ahli Dewan Rakyat
Yang Dihormati Pegawai-Pegawai Kerajaan
Isteri-Isteri

Mukaddimah

Syukur pada Allah di kesempatan pada hari ini, dalam MAjlis Penyerahan Tugas Menteri Besar di hadapan jentera yang menggerakkan Kecemerlangan Kerajaan Negeri Terengganu

Ucapan ringkas ini, saya berpesan pada diri saya dan semua hadirin, bahawa kitalah sebenarnya yang mengalas tanggungjawan untuk membawa Negeri Terengganu ke era bahari menuju kenyataan, iaitu
Menuju : MAJU, BERKAT dan SEJAHTERA

Marilah kita memahami panduan dari Allah, sebagaimana yang difirmankan oleh NYA di awal surah al-Baqarah :

Bermaksud, “ Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya ( tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”

“ iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang seta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”

“Dan juga orang-orang yang beriman kepada kitab al-Quran yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya)

“Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-ornag yang Berjaya”

Para hadirin sekalian,
Matlamat kita adalah besar, membawa agenda Pelan Induk Terengganu Sejahtera yang bermatlamatkan :

Maju :
1. Pembangunan infrastruktur dan ekonomi yang menyelesaikan masalah rakyat
2. Pembangunan modal insan berteraskan kepada prinsip Islam yang melahirkan masyarakat yang intelek dan berdaya saing.
3. Kelestarian pembangunan (ekonomi, masyarakat dan alam sekitar) berasaskanprinsip Islam
Berkat :
1. Prinsip Islam dijadikan asas dalam pentadbiran, ekonomi yang bebas riba, rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
2. Penghayatan taqwa menjadi asas terpenting dalam pentadbiran dan pembangunan masyarakat.
Sejahtera :
Negeri yang menekankan keselamatan, berkebajikan dan kemakmuran
1. Konsep keselamatan adalah menimakan kebimbangan ancaman jenayah, masalah social dan kesan bencana kepada rakyat
2. 2. Konsep berkebajikan adalah menggabungkan-jalinan peranan dan sumbangan kerajaan, badan korprat dan rakyat untuk membangunkan negeri.
3. Konsep kemakmuran adalah perkongsian pembangunan dan hasil negeri yang dinikmati oleh semua masyarakat.

Dalam bahasa yang ringkas dan mudah, kita mempunyai sasaran untuk menjadikan negeri Terengganu yang kita cintai ini sebagai:

1. Terengganu Koridor Pelancongan Islam Antarabangsa
2. Hub Pendidikan Islam Antarabangsa
3. Hub Industri Produk dan Makanan Laut Serantau
4. HubIndustri Batik Dunia
5. Hub Industri Pembangunan dan Pembaikpulih Kapal Negara
6. Hub Pembangunan Sumber Manusia bagi Industri Minyak dan Gas
7. Hub Industri Galian Negara
8. Hub Industri Pembekalan Air
9. Pembangunan bersepadu dengan jaringan, LPT@, ECER, ECRL dan lain-lainya
10. Permerkasaan pertanian dan asas tani menerusi Rantaian NIlai Lengkap (Complete Value Chains)

Akhirnya, saya ingin mengajak semua pihak untuk berganding bahu membina dan mebangunkan negeri Terengganu, di mana peranan pembuat dasar, enjin pelaksanan strategi, pimpinan pentadbiran kerajaan Ngeri, seluruh jentera kerajaan dan rakyat adalah sama penting dan mempunyai peranan masing-masing. Bekerjalah bersama kami, bukan bekerja untuk kami.

Semoga setiap di antara kita diberi panduan oleh Allah SWT dan dipermudahkan oleh-Nya.

Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Menteri Besar Terengganu